[VIDEO] Pemain 'ceruk kampung' JDT mula tunjuk taring, bakal jadi pengganti Bergson?


  • Podium
  • Rabu, 11 Okt 2023

Tankap layar video Sa'ap menjaringkan gol padu menentang Apuesto Bueno FC.

SKUAD Akademi Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mengikut jejak langkah skuad senior apabila membenam kelab Filipina, Apuesto Bueno FC dengan keputusan 12-0 dalam kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 pada Rabu.

Gol-gol JDT dijaringkan Aqheef Haiqal Koko minit ke-6, Sa'ap Baharom (m-12,18,21,23 dan 29), Muhammad Nurazrieman Syah Muhammad Faisal (m-17), Muhammad Farish Haqiemi Muhammad Azharuddin (m-20 dan 25), Faiz’zin Naqib Mohd Faizal (m-37) dan Wafi Hakim Mohd Rizal (m-58).

Bintang cilik yang baru menyertai JDT, Sa'ap ternyata membuktikan bahawa 'scouting' Harimau Selatan sememangnya berada di kelas tersendiri.

Sa'ap

Sa'ap (tengah) bergambar sambil memegang jersi JDT bersama keluarganya.

Ia selepas tular pasukan 'scouting' JDT sanggup meredah kawasan kampung untuk mendapatkan pemain yang menetap di sebuah perkampungan Gua Musang, Kelantan.

Bukan hanya staf biasa yang menyambut kedatangan Sa'ap ke JDT tetapi Ketua Pencari Bakat dan Pembangunan Belia JDT, Diego Griffa turut hadir untuk membawa pemain itu ke Harimau Selatan.

Untuk info Sa'ap merupakan orang asli yang menetap di Felda Aring, Gua Musang, Kelantan.

Salah satu daripada empat jaringan yang dihasilkan Sa'ap itu berjaya dirakam oleh lensa kamera Harimau Malaya apabila dia tenang membolosi gawang gol pihak lawan.

Ketika jaringan itu, Sa'ap yang menerima hantaran daripada rakan sepasukan berjaya menahan bola serta melakukan gelecekan sebelum merembat bola deras ke dalam gawang gol lawan.

Adakah Sa'ap bakal menjadi 'next Bergson' buat JDT dalam 10 tahun akan datang? Mari kita ikuti perkembangan bintang cilik ini bersama Harimau Selatan.

Akademi JDT melahirkan banyak pemain-pemain berkualiti iaitu Arif Aiman Hanapi, Ramadhan Saifullah dan Feroz Baharudin ramai lagi yang sudah mula mendapat peluang bersama skuad utama Harimau Selatan.

Untuk rekod, Akademi JDT juga menjadi akademi bola sepak pertama di Malaysia dianugerahkan Ahli Emas Piagam SupaRimau yang diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha memperkasakan program akar umbi bola sepak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram