Tindakan bekas import Liga M beri solidariti kepada rakyat Israel dipersoal penyokong tempatan


  • Podium
  • Rabu, 11 Okt 2023

Seorang bekas pemain import Liga Malaysia memberikan solidariti terhadap Israel berdasarkan satu tangkap layar tular perbualannya dengan seorang penyokong bola sepak tempatan.

KRISIS peperangan Palestin dan Israel ternyata memberi kesan kepada kelancaran perjalanan Pestabola Merdeka selepas skuad kendalian Makram Daboub tidak dapat meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur susulan situasi tegang di negara berkenaan.

Bercakap mengenai krisis Palestin-Israel rakyat Malaysia bangkit menyatakan sokongan penuh terhadap bumi Baitul Maqdis selepas angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 700 mangsa.

Dalam sosial media seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memberikan sokongan moral kepada warga Palestin untuk mempertahankan rumah mereka daripada serangan Israel.

Zinchenko

Bintang Arsenal, Oleksandr Zinchenko secara terang-terangan menyokong Israel. Agensi

Namun ada juga kelab bola sepak di Eropah secara terang-terangan memberi sokongan meskipun Israel telah melakukan serangan kejam ke atas rakyat Palestin termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.

Tular di media sosial, bekas pemain import yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia memohon mendoakan kesejahteraan negara haram itu selepas serangan balas Hamas.

Tindakan bekas pemain import itu menarik perhatian salah seorang penyokong yang tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh individu tersebut dan bertanyakan pendirian pemain bola itu terhadap situasi berkenaan.

Antara perbualan di antara kedua-dua individu tersebut ialah persoalan kenapa bekas import itu lebih menyokong Israel meskipun mereka telah melakukan kekejaman sekian lama ke atas rakyat Palestin.

Tangkap layar tersebut tular di media sosial termasuk laman Facebook penyokong bola sepak di negara ini.

Walaupun bekas pemain import yang pernah beraksi untuk tiga buah kelab di negara ini sudah menjelaskan tindakan sokongannya itu kepada penyokong tersebut, namun penyokong berkenaan terus mempersoalkan adakah tindakan Israel membunuh rakyat Palestin itu turut dipersetujui oleh pemain import tersebut.

WhatsApp Image 2023-10-11 at 6.28.20 PM

Tangkap layar di antara bekas pemain import Liga M dan seorang penyokong. Facebook

Sementara itu, kesan daripada pada peperangan tersebut juga menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengubah format perlawanan yang mana Tajikistan mendapat 'bye' dan akan terus layak ke pentas akhir pada Selasa.

Manakala Malaysia kekal akan bertemu India pada Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram