Kerjasama Wonda Coffee, FAM bantu suntik semangat buat fans dan skuad Harimau Malaya


  • Podium
  • Khamis, 12 Okt 2023

Antara pemain Harimau Malaya yang turut hadir bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dan Naib Presiden Pemasaran, Etika, Dato’ S. Sivasundaram.

PADA Khamis, jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee melancarkan semula rangkaian Wonda Extra Shot, satu ciptaan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memperkasakan peminat bola sepak dan pasukan bola sepak Harimau Malaya.

Pelancaran semula ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Wonda Coffee sebagai rakan jenama untuk meningkatkan lagi sokongan mereka terhadap pasukan bola sepak negara yang bakal bersaing di Piala Asia 2023 di Qatar.

Pada bulan Jun lalu, Wonda mengumumkan kerjasama selama tiga tahun bersama dengan FAM bagi memartabatkan dunia bola sepak tempatan.

Kerjasama bersama dengan FAM ini mencerminkan semangat dan komitmen mereka bagi menyatukan sokongan para peminat terhadap pasukan bola sepak kebangsaan dan menyemarakkan perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir dalam pelancaran tersebut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Wonda Coffee dalam menyemarakkan semangat penyokong bola sepak tanah air.

"Kami amat berterima kasih atas sokongan Wonda Coffee dalam menyemarakkan semangat peminat bola sepak Malaysia untuk berdiri teguh di belakang pasukan kebangsaan.

"Pelancaran semula 'Wonda Extra Shot' bukan sahaja mencerminkan komitmen Wonda Coffee kepada dunia bola sepak Malaysia, tetapi turut menggariskan matlamat bersama kami untuk menyatukan negara melalui sukan indah ini.

"Bersama-sama, kami berhasrat untuk memperkasakan peminat bagi menjadi sumber tenaga Harimau Malaya dan menyumbang kepada kejayaan kami di pentas antarabangsa.

"Kerjasama ini adalah bukti sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat kami, dan kami menantikan masa depan yang penuh dengan kejayaan bersama-sama dengan Wonda Coffee," katanya.

Photo 3_ Relaunch of Wonda Extra Shot with FAM, representing Wonda, Amy Gan, Vice President of Marketing, Etika

Amy (tengah) bersama sebahagian pemain Harimau Malaya.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, kerjasama dengan FAM merupakan satu perjalanan baharu dalam perjalanan Wonda Coffee yang mana semangat tersebut untuk menyemarakkan sukan bola sepak serta dedikasi pihak FAM dapat bersatu bagi memupuk kecemerlangan skuad negara.

"Ciptaan bersama rangkaian Wonda Extra Shot bukan sahaja merupakan satu minuman yang enak dan bertenaga untuk para peminat tetapi juga merupakan tanda sokongan kami.

"Kami percaya tenaga, semangat, dan minat bersama yang dibawa menerusi kopi ini akan menjadi penggerak di sebalik setiap sorakan, setiap gol, dan setiap kejayaan bagi mengukuhkan lagi impian bersama kami untuk melihat Harimau Malaya tercinta menggapai kejayaan di pentas global," kongsinya.

Tambahnya lagi, biar apa pun cara yang dilakukan bagi menyokong pasukan bola sepak negara, kita memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan, dan ini sememangnya mencerminkan intipati identiti Wonda Extra Shot yang memberikan rangsangan tambahan untuk terus maju.

Wonda dan FAM juga akan mengumumkan pelbagai aktiviti bersama bagi memperkasakan bola sepak tempatan pada masa akan datang yang mana akan menyaksikan pelbagai rancangan untuk melibatkan komuniti bola sepak di Malaysia dalam pelbagai inisiatif kemasyarakatan dan sukan demi kemajuan bola sepak negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram