Pernah gagal sepak penalti, Kim Swee 'backup' penyerang No 10 layak bersama HM


  • Podium
  • Rabu, 11 Okt 2023

Pasukan kebangsaan pernah menyertai kelayakan Piala Dunia 2018. — Agensi

LAPAN tahun lalu, Malaysia pernah menghantar pasukan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa A di Stadium Thupatemi Royal Thai Air Force, Bangkok, Thailand, Bangkok.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan pertama untuk tahun 2015 selepas menewaskan Laos 3-1 ketika itu.

Perlawanan persahabatan itu adalah sebagai persiapan skuad kendalian jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee berdepan Timor Leste di Dili, 13 Oktober lalu untuk perlawanan kelima Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

ezgif.com-webp-to-jpg (42)

Bekas penyerang berbisa negara, Safee Sali. — Agensi

Meskipun gagal menyempurnakan sepakan penalti berdepan Laos ketika itu, Kim Swee pernah membela bekas penyerang berbisa negara, Safee Sali.

Susulan daripada kejadian itu, bekas penyerang Johor Darul Takzim (JDT) menerima kecaman hebat daripada penyokong tanah air.

Tampil menjernihkan keadaan, Kim Swee dilaporkan membela Safee mengenai kecaman tersebut.

Dalam pada itu, Kim Swee dilaporkan berkata, kegagalan Safee menyempurnakan sepakan penalti, ini berlaku kepada sesiapa pun. Safee kurang bernasib baik kali ini dan sudah tentu setiap pemain yang mengambil sepakan penalti akan merasai tekanan.

Berikutan perkara itu, Kim Swee dilaporkan memuji sumbangan yang diberikan oleh Safee sepanjang 90 minit permainan amat baik dan memberi ruang kepada pemain lain untuk melakukan serangan-serangan yang lebih tajam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram