Tiga pemain dijangka 'perform' sepanjang Pestabola Merdeka, hanya 'injury' memisahkan slot Piala Asia


  • Podium
  • Selasa, 10 Okt 2023

Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya menjelang Kejohanan Pestabola Merdeka. — Facebook/FAM

KEJOHANAN Pestabola Merdeka 2023 bakal berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Saingan Pestabola Merdeka 2023 menjadi medan penting buat Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi memilih barisan pemain terbaik negara yang akan menggalas cabaran Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.

Tentunya sukar bagi setiap pemain untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama menjelang persediaan Piala Asia 2023 musim depan.

Dalam pada itu, setiap pemain perlu menampilkan aksi persembahan yang cemerlang agar mendapat perhatian daripada pengendali Harimau Malaya.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dijangka menampilkan prestasi baik dalam kejohanan Pestabola Merdeka nanti.

Aguero

Pemain tengah negara, Aguero dijangka mencetak gol pada aksi Pestabola Merdeka nanti. — Facebook/FAM

1. Sergio Aguero

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero antara tonggak utama yang dijangka menampilkan aksi cemerlang ketika perlawanan Pestabola Merdeka nanti.

Hal ini kerana, perlawanan Pestabola Merdeka merupakan satu peluang untuk beraksi cemerlang menjelang persediaan ke Piala Asia.

Sekiranya tonggak Sri Pahang FC itu menampilkan aksi memukau dalam kejohanan ini, tentunya dia akan mendapat slot ke Piala Asia nanti.

junior

Tonggak pertahanan negara, Junior dijangka mampu meraih perhatian pengendali skuad kebangsaan. — Facebook/FAM

2. Junior Eldstal

Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal tentunya mahu mengambil slot ke Piala Asia dengan menunjukkan prestasi cemerlang dalam aksi Pestabola Merdeka nanti.

Pemain berusia 32 tahun itu perlu membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mendapat slot ke Piala Asia meskipun berusia 32 tahun.

Junior bagaimanapun mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam kancah bola sepak tanah air selain sering mendapat panggilan ke kem latihan pasukan Harimau Malaya.

Afro

Afro dijangka mampu membantu skuad kebangsaan mempertahankan benteng pertahanan dalam aksi Pestabola Merdeka nanti. — Facebook/FAM

3. Shahrul Nazeem

Pemain pertahanan Selangor FC, Shahrul Nazeem antara tonggak utama yang perlu bersaing untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama menjelang Piala Asia musim depan.

Shahrul Nazeem atau dikenali dengan sapaan Afro bagaimanapun dijangka akan menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan Pestabola Merdeka nanti.

Hal ini kerana, pemain berketinggian 1.76 meter itu dilihat cukup cemerlang ketika beraksi bersama Selangor FC yang dilihat mampu mempertahankan benteng pertahanan Gergasi Merah.

Meskipun beraksi cemerlang dalam kejohanan tersebut, ketiga-tiga pemain itu tidak dijanjikan tempat untuk mewakili skuad kebangsaan ke Piala Asia nanti.

Susulan itu, sekiranya mereka terpilih ke Piala Asia nanti, hanya faktor kecederaan sahaja yang akan menjadi penghalang mereka berbuat demikian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram