Lepas Zinchenko, bekas pemain TRW pula tunjuk sikap sokong Israel


  • Podium
  • Isnin, 09 Okt 2023

Tangkap layar memaparkan detik Israel bom bangunan kediaman penduduk Gaza. — Agensi

KECOH di media sosial apabila bekas penyerang Kelantan FC, Nixon Guylherme menzahirkan sokongan terhadap negara Israel.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram, Nixon Guylherme menyatakan sokongannya ke atas Israel.

"Pray for Israel," katanya dalam hantaran tersebut.

WhatsApp Image 2023-10-09 at 10.18.37

Tangkap layar hantaran tersebut. — Facebook

Dalam pada itu, rata-rata penyokong bola sepak tanah air berasakan tindakan bekas penyerang Kelantan FC itu adalah tidak wajar malah mendapat kecaman hebat daripada warga maya.

"Nasib baik sudah tamat kontrak, kalau stay dekat Kelantan lagi habis lah," kata Safuan Rizal.

"Attack Instagram dia, report ramai-ramai yang sokong Israel," kata Shah Bihan.

Selepas menerima kecaman teruk daripada warga maya, akaun Instagram Nixon kini dalam mod private.

Kini, Nixon menyertai Real Tomayapo yang berpangkalan dalam Liga Bolivia selepas satu musim yang kurang memberangsangkan bersama Kelantan FC.

Untuk rekod, pemain kelahiran Brazil itu hanya berjaya mencatatkan 12 penampilan dengan empat gol berjaya dijaringkan.

Sebelum ini, pemain sayap Arsenal, Oleksandr Zinchenko memuat naik hantaran media sosial yang menyatakan sokongannya terhadap Israel.

"Saya bersama Israel," katanya dalam hantaran tersebut.

Tindakan pemain pertahanan Ukraine itu mendapat kecaman daripada warga maya berikutan pernah mengkritik Rusia yang menyerang negaranya, namun tiba-tiba kini menyokong Israel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram