PENYOKONG setia Sabah FC dikejutkan dengan pemergian import Brazil, Jailton Paraiba selepas hanya kira-kira 11 bulan menabur bakti bersama kelab yang berpangkalan di Borneo itu.
Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagram peribadi penyerang kelahiran Brazil itu.
Perkongsian itu sedikit sebanyak memberi duka kepada pengikut Sang Badak berikutan pemain berusia 32 tahun itu merupakan salah satu tonggak yang banyak memberi sumbangan kepada kem The Rhinos.
Tangkap layar hantaran tersebut di Instagram. — Instagram/jailtonparaiba77
"Hari ini, dengan hati yang penuh kesyukuran, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua, perjalanan yang kami lalui bersama dalam kelab bola sepak penuh ini penuh dengan detik-detik yang tidak dapat dilupakan, semangat dan sokongan.
"Saya ingin mengumumkan bahawa akan meninggalkan kelab ini. Saya berasa berbesar hati kerana berpeluang memakai jersi Sabah dan mewakili anda semua di atas padang.
"Untuk peminat setia Sabah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudah menyokong dan memberi semangat kepada saya dalam semua perlawanan.
"Saya tahu perpisahan ini boleh menyakitkan bagi kita semua tetapi saya ingin mengingatkan anda bahawa cinta untuk bola sepak dan pasukan mengatasi sebarang perubahan atau jarak fizikal. Ikatan yang kami bina selama ini dalam satu pasukan akan kekal di hati saya selama-lamanya.
"Saya meninggalkan kelab ini dengan perasaan pencapaian, mengetahui bahawa saya telah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan dengan bangganya mewakili Sabah. Saya akan mengingati setiap detik yang dihayati di sini sebagai kenangan berharga dan sumber inspirasi untuk cabaran seterusnya.
"Terima kasih dari lubuk hati saya, atas semua kasih sayang, sokongan dan kasih sayang yang saya terima sepanjang kerjaya saya di kelab ini. Anda adalah wira sebenar," katanya di Instagram.
Untuk rekod, kali terakhir pemain kelahiran Brazil itu beraksi bersama Sabah FC adalah ketika tewas 0-2 berdepan Kuala Lumpur City FC dalam saingan Liga Super pada 13 Ogos 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram