JDT perluas jenama dalam sukan pemotoran, taja Hafizh Syahrin


  • Podium
  • Isnin, 09 Okt 2023

Hafizh Syahrin bersama Tunku Ismail. —Twitter

JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) bukan hanya mahu dikenali dalam kancah bola sepak malah dalam usaha mahu menceburkan diri dalam sukan pemotoran.

JDT yang mahu memperluaskan jenama mereka menjalin kerjasama dengan pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.

Nama Hafizh Syahrin tidak asing lagi dalam dunia pemotoran apabila pernah membuat kemunculan dalam perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2018 dan 2019 bersama jentera Yamaha serta KTM.

WhatsApp Image 2023-10-08 at 23.23.58

Tangkap layar hantaran tersebut. —Twitter

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Twitter kelab, @OfficialJohor, JDT akan menceburkan diri dalam sukan pemotoran dengan mewujudkan JDT Racing Team.

“Jenama Johor Darul Takzim (JDT) akan menceburi sukan perlumbaan motosikal bersama pelumba terkenal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah bermula 2024.

"JDT Racing Team akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship (ARRC) dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship.

“Jenama JDT telah pun menceburi bidang futsal, polo, tinju dan hoki ais, dan usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” tulis kenyataan itu.

Selain bola sepak, JDT turut menceburi beberapa sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram