BARU-BARU ini, atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berjaya mendapatkan kontrak daripada ONE Championship bernilai lebih RM400,000 (AS$100,000).
Terdahulu, atlet berusia 16 tahun itu berjaya meraih kontrak berkenaan selepas menundukkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam ONE Friday Fights 36, pada Jumaat.
Dalam pertarungan sengit itu, Johan Ghazali atau Jojo Ghazali berjaya melepaskan tumbukan bawah ke arah dada Bekmurzaev.
Jojo memenangi perlawanan tersebut secara 'knockout' pada pusingan kedua.
Meskipun atlet berusia 16 tahun itu berjaya mendapatkan kontrak daripada ONE Championship, aksi Jojo dalam satu hantaran video di Facebook mencuri tumpuan.
Dalam video bertarikh 16 Mac 2023 tersebut, Jojo dilihat sedang membersihkan ruangan tempat latihannya dengan menggunakan penyedut hampagas yang mana rakaman berkenaan dimuat naik oleh ibunya sendiri, Jennana Johnson di media sosial.
"Tiada siapa peduli jika dia dapat jutaan likes atau pukulan KO 16 saat. Dia (Jojo) tetap perlu membersihkan gim," tulis kapsyen video tersebut.
Sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh atlet muda itu raih pujian daripada warga maya.
"The humble champ! Steady anak muda Jojo," kata Hafiz Hassan.
"A true warrior!," kata Scottie Sawade.
Bukan itu sahaja malah Jojo juga dilihat menunjukkan contoh yang baik apabila tidak melupakan rukun Islam kedua iaitu menunaikan fardu solat.
Menerusi satu perkongsian video di Facebook, Jojo dilihat sedang solat dalam bilik sebuah hotel di Thailand beberapa sebelum perlawanan ONE Championship.
Rata-rata warga maya memuji sikap yang ditampilkan oleh Jojo yang dilihat tidak melupakan tanggungjawabnya itu.
"Ini dia yang terbaik. Solat nombor satu pasti kejayaan itu menanti. Terbaik Jojo, abang doakan kemenangan dengan baik. Good Luck," kata Faizal Siku Emas.
"Ini baru the real fighter, utamakan solat," kata Saiful Adam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram