[VIDEO] Sanggup terjah masuk padang hentikan game, satu stadium menangis penyokong maut kena serangan jantung


  • Podium
  • Khamis, 05 Okt 2023

Tangkap layar video sekumpulan penyokong melakukan protes di atas padang selepas pihak kelab tidak mengendahkan permintaan mereka.

TULAR di media sosial sekumpulan penyokong Leyton Orient bertindak memasuki padang permainan ketika perlawanan menentang Lincoln City sedang berlangsung pada Rabu.

Tindakan penyokong-penyokong terbabit yang duduk di kawasan kotak penalti permainan dipercayai disebabkan sikap pengurusan Leyton Orient yang tidak mengendahkan permintaan mereka meminta bantuan perubatan.

Permintaan bantuan perubatan itu disebabkan salah seorang penyokong, Derek Reynolds mengalami serangan jantung yang mana pengawai bertugas tidak mengendahkan nasib dialami mangsa semasa menyaksikan perlawanan tersebut.

Disebabkan pegawai bertugas tidak mengendahkan permintaan penyokong walaupun sudah menangis meminta untuk bertindak dengan segera, mereka (penyokong) terus masuk ke dalam padang bagi menghentikan perlawanan itu.

Tindakan penyokong-penyokong itu memaksa ketua jurulatih Leyton Orient, Richie Wellens sendiri untuk menyelesaikan masalah teknikal yang sedang berlaku di atas padang.

Disebabkan sikap mementingkan diri pegawai bertugas Leyton Orient, Reynolds yang berusia 74 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai perubatan bertindak melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa namun tidak berjaya kerana lambat sampai ke kawasan kejadian.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan susulan insiden kematian penyokong Leyton Orient meskipun pasukan tuan rumah sudah mendahului 1-0 selepas 10 minit permainan berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram