[VIDEO] Penghormatan terakhir, rakan-rakan beri peluang mayat dalam keranda jaringkan gol


  • Podium
  • Rabu, 04 Okt 2023

Tangkap layar video sekumpulan pelajar memberikan penghormatan terakhir kepada rakannya dengan bermain bola sepak.

TULAR di media sosial sekumpulan pelajar memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang rakannya dengan bermain bola sepak sambil disaksikan seluruh ahli keluarganya di gelanggang bola keranjang baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Brazil yang mana sekumpulan pelajar itu dilihat seperti menunaikan permintaan terakhir mendiang untuk bermain bersama-sama rakannya itu.

Menerusi video yang dikongsikan dalam media sosial itu, rakan-rakannya menghantar bola sesama sendiri sebelum melakukan 'assist' kepada mendiang yang berada dalam keranda untuk menjaringkan golnya.

Namun percubaan pertama mereka gagal selepas hantaran kepada keranda itu tidak mengenai sasaran sekali gus ia tidak menghasilkan sebarang gol.

Percubaan kedua turut menemui kegagalan meskipun pelajar yang menghantar bola ke arah keranda itu sudah bertukar.

Selepas cubaan kedua tidak berhasil, orang ramai yang hadir menyaksikan penghormatan terakhir itu memberikan tepukan gemuruh kepada mereka semua.

Malah salah seorang daripada pelajar itu berjalan ke arah keranda yang berada di tengah-tengah gelanggang bola keranjang tersebut lalu melutut dan menangis kerana itu kali terakhir mereka bermain bersama.

Walaupun berlainan agama mahupun bangsa, keikhlasan persahabatan pelajar-pelajar itu wajar dijadikan teladan oleh orang ramai yang mana sampai ke penghujung hidup rakannya itu mereka masih kekal bersama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram