SABAH FC akan turun menentang PSM Makassar dalam Kumpulan H untuk mencatatkan kemenangan kedua selepas menewaskan Hougang United 3-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Indonesia pada Khamis.
PSM yang merupakan juara BRI Liga 1 Indonesia musim lalu kini tidak berada dalam prestasi terbaik apabila menduduki tangga ke-14 di liga utama Indonesia itu.
Manakala anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee pula berada dalam prestasi terbaik apabila mendapat rehat yang cukup susulan pembatalan aksi perlawanan menentang Kelantan FC pada 29 September lalu.
Saddil bersama Kim Swee semasa sidang media di antara Sabah dan PSM Makassar.
Apa yang menariknya perlawanan ini, tonggak utama Sabah, Saddil Ramdani akan pulang ke kampung halamannya untuk membantu The Rhinos mengutip tiga mata penuh.
Saddil musim ini telah merekodkan enam jaringan dan sembilan bantuan gol (assist) dalam 15 perlawanan terakhir Liga Super.
Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini mendapat kritikan oleh penyokong Indonesia selepas gagal mempamerkan aksi baik semasa mewakili skuad nasional Indonesia.
Saddil sebelum ini menerima kritikan oleh penyokong Indonesia ketika menyarung jersi Sang Garuda.
Dengan itu, rata-rata peminat Sabah mahu Saddil membuktikan kredibilitinya sebagai pemain Sang Badak dengan menewaskan PSM Makassar.
"Saddil bila lagi awak nak tunjuk peminat Sabah yang anda seorang pemain hebat?" soal Jac Perantau.
"Saddil bakal meranapkan impian PSM Makassar," kata DatuKhalid Ag Sulaiman.
"Bukti yang anda hebat Saddil, PSM buang saja awak dulu," jelas Md Othman Yunus.
"Saddil harapan Sabah itu, harap boleh bawa balik tiga mata esok (Khamis)," luah Raizo Osman.
Untuk rekod, Saddil tidak pernah beraksi bersama PSM Makassar yang mana dia hanya mewakili dua kelab Indonesia iaitu Persela Lamongan (2016-2018) dan Bhayangkara FC (2020-2021). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram