CEO baharu TFC perlu selesaikan 3 perkara ini untuk pastikan kelab terus maju


  • Podium
  • Selasa, 03 Okt 2023

Terengganu FC bakal memperoleh CEO baharu selepas tempoh perkhidmatan Abd Rasid Jusoh tamat. — Facebook/Terengganu FC

ERA baharu bakal tiba di Terengganu FC selepas ini. Hal ini disebabkan perginya Abd Rasid Jusoh sebagai ketua pegawai eksekutif kelab.

Pelbagai kisah suka dan duka dicipta pasukan Pantai Timur itu sepanjang kepimpinan Rasid. Malah, penyokong juga mempunyai pendapat bercampur-baur mengenai kebolehannya bertindak sebagai CEO.

Kini Rasid sudah pergi, namun penggantinya masih belum muncul. Walaupun begitu, cabaran sudah menanti buat CEO baharu kelab sebaik sahaja jawatan diisi.

Berdasarkan analisis ringkas Majoriti, ini adalah tiga perkara yang perlu dilakukan oleh CEO baharu Terengganu sebaik sahaja memasuki pejabat:

1. DNA permainan Terengganu

Jika sebelum ini, DNA bola sepak Terengganu dibangunkan berbeza-beza. Ketika era Nafuzi Zain, corak permainannya berbeza dengan apabila dilihat sekarang menerusi Tomislav Steinbruckner.

Ini menimbulkan kekeliruan kerana tiada asas kepada corak permainan yang dianggap identiti bola sepak Terengganu.

Oleh kerana itu, CEO baharu Terengganu perlu mencipta sebuah DNA bola sepak yang bukan sahaja akan digunakan pasukan senior tetapi turun sehingga skuad bawah umur kelab.

384475502_303073545767420_1035615909970045413_n

Terengganu kini menggunakan DNA Croatia oleh Tomislav Steinbruckner. — Facebook/Terengganu FC

Semestinya ia tidak boleh dilakukan bersendirian, CEO perlu memastikan jurulatih dan pengarah teknikal sentiasa 'sebulu' untuk membolehkan proses ini berjalan lancar. Sambil itu, ia perlulah diadakan secara berpanjangan, bukannya selepas semusim tukar DNA baharu.

Kini mereka menggunakan "DNA Croatia" hasil air tangan Steinbruckner. CEO perlu menilai sama ada hendak terus menggunakannya atau bermula semula dengan corak permainan baharu.

2. Tingkatkan fasiliti

Dalam bola sepak moden, fasiliti adalah satu perkara yang penting perlu dijaga oleh sesebuah kelab.

Buat masa sekarang, Terengganu tidak dianggap sebuah pasukan yang mempunyai fasiliti cemerlang. Akan tetapi, skuad Penyu mempunyai kelengkapan memadai untuk pemain mereka.

382441754_299455386129236_6184817757209135244_n

Fasiliti Terengganu masih boleh lagi ditambah baik. — Facebook/Terengganu FC

Namun begitu, itu bukanlah tanda mereka boleh berpuas hati. CEO baharu perlu melihat semula segala fasiliti yang ada dan melakukan upgrade supaya potensi pemain Terengganu dapat diteroka serta meningkatkan prestasi mereka.

Ia juga sangat penting untuk membawa pemain baharu yang berkualiti datang ke kelab. Jika ada fasiliti yang cemerlang, pasti akan ada bintang yang mahu menyarung jersi Terengganu kelak.

3. Ikat rapi pemain-pemain utama

Saban tahun, Terengganu tidak pernah gagal menghasilkan pemain-pemain berkualiti yang kemudiannya menyinar dalam bola sepak negara.

Terdapat beberapa nama pemain yang menjadi tumpuan dalam skuad Terengganu seperti Azam Azmi, Shahrul Nizam dan Ubaidullah Shamsul serta ramai lagi.

384753696_303073489100759_2030408079098952868_n

Azam Azmi adalah bintang masa depan Terengganu. — Facebook/Terengganu FC

Kesemua ini perlu diikat rapi oleh CEO dengan kontrak jangka panjang kerana mereka dilihat sebagai core kepada pasukan. Jika dibiarkan terlepas dengan mudah, maka Terengganu akan rugi.

Jika mahu melepaskan pemain-pemain ini, Terengganu perlu berani meminta yuran perpindahan supaya kelab tidak kerugian selepas membangunkan bakat-bakat ini dengan baik.

Masih banyak perkara perlu dilakukan oleh CEO baharu Terengganu kelak. Jika dia nampak potensi yang ada pada kelab, maka tindakan sewajarnya akan diambil bagi menjadikan skuad Penyu kuasa utama bola sepak Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram