MESKIPUN baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Super untuk tahun ke-10 berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) seperti masih belum berpuas hati dengan skuad sedia ada.
Ini kerana mereka difahamkan sudah berjaya membawa masuk perancang kelahiran Argentina, Jalil Elias yang ketika ini beraksi di negaranya bersama San Lorenzo.
Khabar angin itu berpunca daripada satu ciapan daripada wartawan antarabangsa, Cesar Luis Merlo dengan laporan menyebut perpindahan tersebut akan disahkan selepas kontraknya tamat tidak lama lagi.
Gosip perpindahan terbabit sudah tentu mencetuskan keghairahan daripada penyokong skuad Harimau Selatan yang sedang sibuk mencari latar belakang mengenainya.
Berdasarkan informasi di laman sesawang Transfermarkt, Elias yang berusia 27 tahun memiliki nilai pasaran mencecah RM13.94 juta.
Namun adakah anda tahu ada pemain import yang keluar dari skuad Harimau Selatan boleh dikatakan hilang dari radar bola sepak.
Majoriti senaraikan tiga bekas bintang import JDT yang sukar mencari kelab selepas meninggalkan Harimau Selatan:
Novillo hanya sempat beraksi sebanyak tujuh perlawanan dan merekodkan 103 minit permainan.
1. Harry Novillo
Antara pemain yang pernah beraksi bersama pasukan gergasi Perancis, Olympique Lyon, Harry Novillo kini digelar ejen bebas selepas meninggalkan JDT.
Kali terakhir Novillo beraksi pada Julai 2022 bersama Frejus-Saint-Raphael FC di divisyen keempat Liga Perancis
Sepanjang beraksi bersama pasukan itu, Novillo hanya sempat beraksi sebanyak tujuh perlawanan dan merekodkan 103 minit permainan.
Pemain berusia 31 tahun itu dikenali dengan pakar sepakan percuma namun dia gagal menyesuaikan diri dengan kancah liga bola sepak Malaysia.
Bersama JDT dia hanya sempat melakukan tiga penampilan dan satu gol pada musim 2018.
Niguez pernah beraksi bersama Valencia CF.
2. Aaron Niguez
Aaron Niguez pernah mendapat sambutan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak negara apabila dia merupakan abang kepada bintang Sepanyol, Saul Niguez.
Menyertai JDT pada 2019 daripada kelab Sepanyol, Real Oviedo Niguez gagal menepati jangkaan penyokong bola sepak selepas hanya sempat melakukan tiga penampilan dalam Liga Super.
Pernah beraksi bersama kelab gergasi Sepanyol, Niguez pernah beraksi bersama Valencia CF, Celta de Vigo dan Malaga CF kini pemain berusia 34 tahun itu telah bersara dan mengusahakan akademi bersama adik beradiknya.
Jorge menyamai rekod Novillo yang hanya bermain sebayak tiga perlawanan Liga Super pada 2018.
3. Jorge Santos Silva
Jorge Santos Silva tidaklah hilang dari radar bola sepak namun dia tidak dapat mengulangi kejayaan seperti mana sebelum menyertai JDT.
Sebelum menyertai JDT, Jorge terlebih dahulu mewakili Al-Batin FC sejak 2016 apabila dia merekodkan 27 gol dan dua assist dalam 48 perlawanan.
Namun apabila menyertai JDT, Jorge menyamai rekod Novillo yang hanya bermain sebayak tiga perlawanan Liga Super pada 2018.
Sejak keluar JDT, Jorge gagal mengulangi kejayaan seperti mana sebelum menyertai JDT dan kini sedang beraksi bersama Caucaia Esporte Clube (CE) dalam Liga Brazil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram