[VIDEO] Gagal pintas Man.City, bintang muda Liverpool nyaris patahkan kaki lawan


  • Podium
  • Ahad, 01 Okt 2023

Jones terpaksa keluar padang pada minit ke-26 selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. — Agensi

BINTANG muda Liverpool FC, Curtis Julian Jones dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke atas pemain Tottenham Hotspur, Yves Bissouma sehingga hampir menyebabkan dia nyaris mengalami kecederaan patah kaki.

Layangan kad merah oleh Simon Hooper ke atas Jones itu menyebabkan Liverpool terpaksa bermain dengan 10 orang yang mana memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah.

The Reds terpaksa akur gagal untuk muncul sebagai pendahulu liga minggu ini selepas bintang sensasi Asia, Son Heung-min menjadi watak penting buat Spurs dalam kemenangan 2-1 itu di Stadium Tottenham Hotspur, London, England awal pagi Ahad.

Selain layangan kad merah Jones itu, pembatalan gol Luis Diaz meskipun berkedudukan ‘onsaid’ turut menjadi topik hangat warganet di England yang mana memaksa PGMOL mengeluarkan kenyataan maaf kepada Liverpool selepas kesilapan pengadil perlawanan.

PGMOL merupakan badan yang berkuasa dalam khidmat pengadilan profesional di England turut menyalahkan VAR kerana gagal mengesan kesilapan penjaga garisan ketika gol Diaz itu.

Mengulas lebih lanjut mengenai layangan kad merah kepada Jones, legenda Manchester United, Gary Neville tidak bersetuju dengan keputusan pengadil yang mana insiden itu dipercayai berlaku kerana pemain tersebut tergelincir.

“Saya mungkin salah, saya tidak tahu tentang selanjutnya. Tetapi dalam ‘slow motion’, anda akan melihat ia kad merah.

“Apa yang lebih teruk anda tidak perasan dia (Jones) hanya tergelincir dan ia bukan merah bagi saya,” katanya kepada SkySports. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram