Duduk bawah Timor Leste, HM pernah rekod ranking terburuk dalam sejarah bola sepak negara


  • Podium
  • Isnin, 02 Okt 2023

Kesebelasan utama Harimau Malaya ketika beraksi menentang UAE pada 2015. — Agensi

PENYOKONG bola sepak negara semestinya gembira dengan prestasi semasa skuad kebangsaan di bawah kepimpinan Kim Pan-gon yang telah melonjak 20 anak tangga daripada kedudukan ke-154 dunia.

Sejak Pan-gon dilantik, prestasi skuad kebangsaan boleh dikatakan berada di tahap yang terbaik sekali gus mampu bersaing dengan pasukan gergasi Asia seperti China dan Syria.

Antara keajaiban yang dilakukan Pan-gon ialah berjaya membawa skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2023, sekali gus menamatkan penantian selama 42 tahun penyokong-penyokong Harimau Malaya.

Namun sebelum penyokong Malaysia merasai kemanisan, lapan tahun lalu skuad kebangsaan pernah merekodkan ranking buruk, malah lebih teruk apabila Harimau Malaya berada di bawah Timor Leste.

Ketika itu, skuad yang dibimbing oleh Datuk Dollah Salleh turun dua anak tangga iaitu 169 yang mana kekalahan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 dilihat menjadi antara punca utama kejatuhan tersebut.

UAE's Amer Abdulrahman (R) fights for the ball with Malaysia's Putera Nadher Amarhan (L) during their AFC qualifying football match for the 2018 FIFA World Cup at the Mohammed Bin Zayed Stadium in Abu Dhabi on September 3, 2015. AFP PHOTO / KARIM SAHIB

Junior Eldstal (kiri) berada dalam skuad kebangsaan yang dibelasah UAE pada 2015. Agensi

Kedudukan itu sekali gus mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah bola sepak negara dengan posisi terburuk skuad Harimau Malaysia sebelum ini adalah di ranking ke-170 yang dicatatkan pada 2008.

Tambah teruk lagi ketika itu negara seperti Timor Leste (170), New Caledonia (169) and Mauritius (168) berada di atas Malaysia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di keempat tercorot di belakang Brunei, Kemboja dan Laos kira-kira lapan tahun lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram