Berkat prestasi cemerlang, Suhaimi Husin terima seruan KPG sertai Harimau Malaya


  • Podium
  • Isnin, 02 Okt 2023

Suhaimi Husin dipanggil buat kali pertama ke skuad kebangsaan. — Facebook/Terengganu FC

KEJOHANAN Pestabola Merdeka semakin hampir dan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon telah mengumumkan 25 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat.

Dalam kejohanan empat penjuru ini, Pan-gon dilihat memanggil barisan terbaik bagi memastikan Malaysia dapat berdepan dengan India, Tajikistan dan Palestin.

Nama-nama lazim seperti Syihan Hazmi, Dominic Tan, Endrick dos Santos serta Faisal Halim bakal menguatkan cabaran Harimau Malaya pada kejohanan yang akan diadakan bermula 13 hingga 17 Oktober kelak.

385373915_18386198401006712_7971151817079987629_n

Faisal Halim bakal menjadi nadi serangan Malaysia di Pestabola Merdeka. — Facebook/Selangor FC

Tetapi terdapat satu nama yang menjadi tumpuan iaitu penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin yang dipanggil buat kali pertama oleh Pan-gon ke skuad kebangsaan.

Suhaimi yang bermain cemerlang kebelakangan ini bersama-sama Terengganu akan menyertai Syihan serta Azri Ghani sebagai trio penjaga gol Malaysia untuk Pestabola Merdeka.

Selain daripada Suhaimi, Pan-gon turut memanggil bintang-bintang skuad bawah 23 (B-23) yang sebelum ini terpaksa disisihkan kerana pertembungan jadual antara kelayakan Piala Asia B-23 dengan aksi persahabatan menentang China dan Syria.

Azam Azmi, Nooa Laine dan Mukhairi Ajmal adalah pemain dari skuad B-23 negara yang dipanggil semula oleh Pan-gon untuk Pestabola Merdeka ini.

Namun, ada beberapa nama yang tersisih yang ditolak ke senarai menunggu.

Kalamullah Al-hafiz, Hong Wan dan Syahmi Safari antara nama-nama yang disingkirkan Pan-gon ke senarai menunggu. Sementara Shahrul Saad digugurkan sepenuhnya untuk panggilan kali ini.

383954805_300462792695162_1814683854614941564_n

Safwan Mazlan berada di senarai menunggu. — Facebook/Terengganu FC

Sementara Azam dipanggil ke kem latihan pusat, Shahrul Nizam, Safwan Mazlan dan Ubaidullah Shamsul diletakkan dalam senarai menunggu. Selain mereka, Engku Nur Shakir, Nor Hakim Hassan dan Rahadiazli Rahalim juga perlu bersedia sekiranya dipanggil oleh Pan-gon.

Berikut merupakan senarai penuh 25 pemain ke kem latihan pusat Pestabola Merdeka:

Penjaga gol

  • Syihan Hazmi (Johor Darul Takzim)
  • Azri Ghani (Kuala Lumpur City)
  • Suhaimi Husin (Terengganu)

Pertahanan

  • Matthew Davies (Johor Darul Takzim)
  • La'Vere Corbin-Ong (Johor Darul Takzim)
  • Sharul Nazeem (Selangor)
  • Quentin Cheng (Selangor)
  • Dominic Tan (Sabah)
  • Daniel Ting (Sabah)
  • Azam Azmi (Terengganu)
  • Dion Cools (Buriram United)
  • Junior Eldstal (Dewa United)

Tengah

  • Endrick dos Santos (Johor Darul Takzim)
  • Brendan Gan (Selangor)
  • Mukhairi Ajmal (Selangor)
  • Stuart Wilkin (Sabah)
  • Paulo Josue (Kuala Lumpur City)
  • Nooa Laine (SJK Seinajoki)

Penyerang

  • Arif Aiman (Johor Darul Takzim)
  • Safawi Rasid (Johor Darul Takzim)
  • Akhyar Rashid (Johor Darul Takzim)
  • Faisal Halim (Selangor)
  • Darren Lok (Sabah)
  • Shamie Iszuan (Sri Pahang)
  • Sergio Aguero (Sri Pahang)

Malaysia akan bertemu India pada aksi pertama Pestabola Merdeka pada 13 Oktober. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram