Sukan Asia: Shereen 'ratu' 400m Asia Tenggara layak ke final


  • Podium
  • Jumaat, 29 Sep 2023

Shereen Vallabouy malayakkan diri ke perlumbaan akhir 400m selepas memenangi saringan ketiga di Hangzhou, pada Jumaat.

PEMEGANG tiga rekod kebangsaan, Shereen Vallabuoy, tiada masalah untuk mara ke peringkat akhir acara 400 meter wanita dengan mudah apabila memenangi aksi saringan ketiga dengan catatan masa 52.89 saat dalam penampilan pertamanya pada Sukan Asia apabila memenangi saringan ketiga di Hangzhou, China pada Jumaat.

Secara keseluruhan, Shereen di kedudukan kelima namun peluang untuk naik ke podium lebih cerah jika dia mampu mengulangi catatan rekod kebangsaan 51.80s dalam acara 400 meter yang dilakukannya di California, Amerika Syarikat, lapor Stadium Astro.

Pelari Bahrain, Adekoya Oluwakemi Mujidat muncul pelari terpantas dengan masa 50.53s, diikuti rakan senegaranya yang juga juara bertahan, Salwa Eid Naser (52.52s) dan Nadeesha Ramanayaka dari Sri Lanka (52.67s).

Skrip berbeza buat pelari sensasi 400m lelaki, Umar Osman, apabila kesilapan awal mencacatkan momentum lariannya untuk sekadar menamatkan saringan di kedudukan ke-11 secara keseluruhan dengan catatan mana 46.58 saat sekaligus gagal mara ke aksi akhir.

Catatan yang dilakukan Umar, 20, jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 46.09s yang dilakukan di Kemboja, Mei lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram