DALAM bola sepak, kita dapat saksikan pelbagai pemain yang mempunyai hubungan rapat dengan rakan sepasukan mereka.
Jika Lionel Messi ada Sergio Aguero sebagai rakan baik, Cristiano Ronaldo mempunyai Ricardo Quaresma. Dalam konteks tempatan, Brendan Gan berteman rapat dengan bekas pemain import Selangor FC dan Perak FC iaitu Robert Cornwhaite.
Selain Gan dan Cornwhaite, terdapat juga pasangan pemain yang mempunyai hubungan baik sebagai rakan baik di dalam atau luar padang iaitu Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali.
Kedua-dua bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC ini membawa diri dari Stadium Darul Aman, Alor Setar serentak untuk menyertai revolusi Datuk Ong Kim Swee di Sabah FC bersama-sama pemain seperti Amri Yahyah, Khairul Fahmi Che Mat dan Saddil Ramdani.
Baddrol menemani Rizal ke mahkamah kerana kes melibatkan dirinya. — Agensi
Persahabatan antara Baddrol dan Rizal amat rapat terutamanya sewaktu mereka berada di Sabah. Ia dapat dilihat secara nyata apabila Rizal pada satu ketika diuji dengan kontroversi di luar padang.
Pada ketika itu, Rizal diuji melibatkan hubungannya dengan seorang wanita hingga insiden tersebut menjadi kes siasatan polis. Di saat karier pemain pertahanan itu dalam bahaya, Baddrol tetap setia menemani Rizal hinggalah ke mahkamah.
Kini, kedua-dua pemain tersebut sudah membawa haluan masing-masing. Rizal mungkin masih lagi bersama Kim Swee dan Sabah, tetapi Baddrol sudah kembali ke Kedah sebagai ahli politik.
Badrrol kini sudah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun selepas memenangi Piliharan Raya Negeri ke-15. Namun begitu, ia tetap tidak menghalang daripada pemain yang digelar The Sniper itu untuk melupakan hari kelahiran teman sejatinya.
Tangkap layar Baddrol mengucapkan selamat hari lahir kepada Rizal. — Baddrol Bakhtiar
Di media sosial, Baddrol secara terbuka mengucapkan selamat hari lahir kepada Rizal yang kini sudah memasuki usia 31 tahun.
"Selamat hari lahir sahabat sejatiku," tulis Baddrol ringkas sambil memuat naik gambar mereka berdua.
Ini adalah menjadi bukti kukuh yang Baddrol dan Rizal mempunyai hubungan persahabatan yang kuat. Walaupun kini berubah profesion, sahabat sejati tidak pernah dilupakan.
Selamat hari jadi buat Rizal Ghazali. Semoga terus berjaya dalam karier anda bersama-sama Sabah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram