Ancaman Wan Zack antara 3 pemain Seladang perlu diawasi Negeri Sembilan


Perak mampu memalukan Negeri Sembilan di Paroi pada Ahad ini. — Facebook/Perak FC

PERJUANGAN dalam saingan Liga Super diteruskan dengan dua pasukan iaitu Negeri Sembilan FC (NSFC) akan menerima kunjungan Perak FC di laman sendiri pada Ahad.

NSFC berdepan peluang untuk meraih tiga mata di tempat sendiri bagi sekurang-kurangnya menambah kutipan mata sambil memastikan tidak tergelincir daripada kedudukan semasa mereka ketika ini (kesembilan).

Bagi Perak pula, mereka mahu mendekati NSFC sekali gus mendaki carta Liga Super. Skuad Yusri Che Lah pastinya mahu menjarakkan diri sejauh mungkin daripada zon bawahan liga.

Momentum Perak ketika ini cukup hebat kerana berjaya menewaskan Sabah FC dalam suku akhir Piala Malaysia. Oleh itu, NSFC perlu berhati-hati untuk mengelak daripada dimalukan The Bos Gaurus di laman sendiri.

Dalam analisis ringkas Majoriti, inilah tiga pemain yang perlu NSFC awasi apabila melayan kunjungan Perak.

1. T. Shaheeswaran

Penjaga gol ini sering menjadi pilihan Yusri untuk mengemudi pintu gol Perak. Walaupun kerap diturunkan, namun penyokong mereka akan tidak senang melihat aksinya.

Hal ini disebabkan, Shaheeswaran sering kelihatan gugup apabila beraksi. Ia mungkin dipengaruhi kerana faktor usia yang masih muda jadi membuatkan pemain ini tampak sukar mengawal gawangnya.

384413055_328653563048359_8916337431360099470_n

Shaheeswaran semakin matang dalam persembahannya. — Facebook/Perak FC​​​​​​

Akan tetapi, persembahannya semakin baik dari satu ke satu perlawanan. Aksi ketika bertemu Sabah menjadi contoh Shaheeswaran mampu untuk mengemudi pintu gol Perak dengan kemas.

Oleh itu, penyerang-penyerang NSFC perlu melakukan sesuatu yang istimewa bagi menewaskan Shaheeswaran pada Ahad.

2. Luciano Guaycochea

Ketua pasukan Perak ini berjaya untuk memimpin rakan-rakan sepasukannya menumbangkan Sabah ketika perlawanan suku akhir kedua di Ipoh.

Pengaruhnya sebagai ketua pasukan amat penting dalam memastikan pemain-pemain Perak sentiasa steady menyerap segala asakan bintang-bintang Sabah.

382430377_326036039976778_335163967495344772_n - Copy

Guaycochea bakal jadi tembok kukuh Perak bertemu Negeri Sembilan. — Facebook/Perak FC

Keberadaan Guaycochea di bahagian pertahanan juga penting kerana kualitinya membantu melindungi Shaheeswaran daripada dibolosi oleh pasukan lawan.

Persembahan Guaycochea amat penting dalam menentukan keselamatan pintu gol Perak dan jika dia tidak berada pada tahap terbaik, The Bos Gaurus dalam keadaan bahaya.

3. Wan Zack Haikal

Pemain yang menjadi kesayangan penyokong Perak ketika ini pastinya akan menjadi tumpuan pertahanan NSFC pada aksi pada Ahad.

Dua gol pentingnya ketika bertemu Sabah menjadi sebab mengapa Perak berhasil ke separuh akhir Piala Malaysia. Dari situ, adalah perlu untuk NSFC mengawasi kualiti penyudahnya.

Gerakan lincah yang ada pada Wan Zack berbahaya untuk pasukan lawan, jika dibiarkan pemain ini bergerak bebas maka bersedialah untuk dihukum dengan jaringan gol.

Perak amat bahaya untuk NSFC

Prestasi semasa Perak sememangnya sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh NSFC dalam perlawanan antara mereka di Paroi.

NSFC mungkin terpalit dengan pelbagai isu tetapi mereka semestinya tidak mahu melepaskan peluang mencari tiga mata apabila berdepan Perak dalam usaha membaiki kedudukan dalam liga.

Walau apa pun, skuad kendalian K. Devan perlu berhati-hati berdepan Perak jika tidak mereka akan dimalukan di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan