Timang bayi sulung, Safawi dapat usikan nakal Faisal Halim


  • Podium
  • Sabtu, 30 Sep 2023

Tangkap layar Safawi memberikan sejambak mawar buat Syifa selepas isterinya itu selamat melahirkan bayi sulung mereka.

PEMAIN bola sepak sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid bergelar bapa selepas isterinya, Syifa Melvin selamat melahirkan anak sulung mereka.

Pasangan selebriti itu menimang bayi lelaki sulung yang dinamakan Saif Sulaiman Muhammad Safawi.

Menurut perkongsian di Instagram @safawirasid29, bayi sulung itu dilahirkan pada Sabtu (30 September 2023) pada pukul 5.28 petang.

Sementara itu, Syifa menerusi hantaran berbeza di Insta Story memuat naik gambar menerima sejambak bunga mawar daripada suaminya itu.

"Syukur alhamdulillah, ALLAH sebaik-baik perancang...Saif Sulaiman," tulisnya.

Pasangan itu menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukan Safawi di JDT antaranya Bergson da Silva, Jordi Amat, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid serta Syahmi Safari.

Tidak ketinggalan rakan sepasukannya di Harimau Malaya yang juga pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim.

"Alhamdulillah, good luck Pawi semoga tak tidur malam," tulis Faisal yang juga terkenal dengan jolokan Mickey.

Syifa dan Safawi, pemain sayap JDT telah mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram