Karier semakin di penghujung, fans Penyu mula 'pangkah' 3 pemain sebelum musim 2024


  • Podium
  • Sabtu, 30 Sep 2023

Peminat Terengganu FC mula menyenaraikan beberapa pilihan pemain yang perlu disingkirkan pada penghujung musim ini. — Facebook/TerengganuFC

PRESTASI semasa skuad Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini belum boleh dianggap bagus susulan gagal konsisten dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

Terbaharu, kekalahan kepada pasukan Selangor FC di depan penyokong sendiri nyata situasi sukar diterima meskipun memenangi dua perlawanan terdahulu dalam saingan Piala Malaysia.

Namun, perjalanan anak-anak buah Tomislav Steinbrukner masih lagi jauh dengan aksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia dan cabaran di kejohanan Piala AFC masih lagi panjang dan terus menjadi tumpuan penyokong skuad Penyu.

Pada aksi pertama peringkat kumpulan Piala AFC, Terengganu berjaya melakar kejutan apabila menewaskan bekas juara Liga Australia musim lalu, Central Coast Mariners dengan keputusan 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.

mxsd

Terengganu berjaya mengatasi pasukan Central Coast Mariners dengan kemenangan 1-0 di tempat sendiri. — Facebook/TerengganuFC

Dalam pada itu, kejayaan tersebut turut diiringi kecaman peminat yang kian kurang menggemari beberapa nama pemain dalam skuad Terengganu ketika ini.

Pernah meletakkan harapan serta sandaran tinggi ketika mereka dibawa masuk satu ketika dahulu, peminat mula kesal dan menggesa agar pengurusan segera menyingkirkan tiga pemain berikut menjelang aksi musim depan.

omid

1. Omid Nazari

Pemain tengah kelahiran Sweeden itu gagal menampilkan aksi memberangsangkan sejak dibawa masuk pada musim lalu.

Rekod buruknya berterusan pada tahun ini apabila gagal mendapatkan tempat dalam senarai kesebelasan utama dan hanya memiliki satu penampilan setakat ini.

Kehadirannya yang pada mulanya mendapat perhatian ramai selaku jentera 'arkitek' baharu dimiliki pasukan, kini semakin merosot selepas kelibatnya lebih kerap memanaskan kerusi bangku simpanan berbanding aksi atas padang.

Kurangnya minit permainan dalam saingan liga menyebabkan dia dikritik hebat oleh penyokong tegar pasukan Pantai Timur itu selain ada yang beranggapan penghijrahannya ke kelab itu hanyalah semata-mata untuk melengkapkan senarai skuad TFC musim lalu.

sakaka

2. Adisak Kraisorn

Penyerang sensasi pasukan Thailand, Adisak Kraisorn turut tersenarai dalam pilihan pemain yang perlu ditamatkan kontraknya pada penghujung musim ini.

Bekas peledak utama kelab Muangthong United itu bagaimanapun kurang menyerlah di saingan liga tempatan apabila belum mencatatkan sebarang gol bersama Terengganu musim ini.

Pernah digandingkan bersama Ivan Mamut dan Jordan Mintah selaku penyerang trio di hadapan, namun percaturan itu gagal membuahkan hasil dengan keserasian ketiga-tiga pemain itu belum cukup untuk menembusi ke gawang lawan.

Selepas semusim di TFC, kelibatnya semakin samar dalam ingatan penonton yang mula mempertikaikan kewujudannya bersama pasukan ketika ini.

Dengan kontraknya dijangka akan kekal hingga penghujung musim 2024, peminat mengharapkan agar individu itu boleh digantikan dengan seseorang yang lebih bagus dan mampu menggalas tanggungjawab lebih besar bersama pasukan.

liriir

3. Liridon Krasniqi

Penyerang naturalisasi negara yang lebih dikenali sebagai Mat Don semakin mencetuskan kemarahan penyokong skuad Penyu.

Pemain pinjaman dari kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu disifatkan sebagai seorang pemain 'tunggul' oleh segelintir penyokong susulan kerap hilang bola dan gagal mengawal baik setiap hantaran dari rakan sepasukan.

Aksinya ketika menentang Selangor pada Jumaat turut mengundang perhatian selepas kemasukannya pada separuh masa kedua menjadikan tempoh perlawanan bertukar perlahan dan tumpul di bahagian tengah.

Kurang bijak dalam membuat hantaran dan larian untuk membuka peluang jaringan, kelibatnya bersama Terengganu semakin sukar diterima penyokong yang mula muak dengan prestasi pemain berusia 31 tahun itu.

Skuad Penyu bakal meneruskan cabaran di Kejohanan Piala AFC menentang Bali United FC di tempat lawan pada 4 Oktober kelak.

Hadir selaku pencabar utama selepas membenam cabaran pasukan dari Liga Australia sebelum ini, ia pastinya satu persaingan yang dinanti-nantikan pemerhati bola sepak tempatan dan penyokong setia Terengganu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram