Yu Zhong antara 5 hero ML yang 'overpower' di permulaan musim 30


  • Podium
  • Sabtu, 30 Sep 2023

Mobile Legends adalah salah satu permainan video yang mendapat sambutan kini. — Agensi

SETIAP permainan video pastinya mempunyai hero yang selalu menjadi pilihan untuk berdepan dengan peperangan.

Tidak ketinggalan juga permainan video Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang kini mendapat sambutan luar biasa daripada golongan muda tidak kira dalam atau luar negara.

Seperti yang diketahui, seperti musim-musim lepas, setiap hero akan mempunyai peningkatan mahupun penurunan apabila sesuatu musim bermula.

Pada musim yang baru ini atau lebih dikenali sebagai season 30, sejumlah hero Mobile Legends (ML) dilihat mendapatkan perubahan atau biasa disebut sebagai penyesuaian.

Ada antara hero yang kena buff (peningkatan) dan tak sedikit juga dapat nerf (penurunan) dari Moonton selaku pengasas permainan video Mobile Legends.

Meskipun dilabel sebagai hero yang kuat dimeta, risiko untuk dilarang atau ban sangat tinggi dan akan dipilih oleh pihak lawan sekiranya tidak dikeluarkan.

Berikut merupakan lima hero yang sangat kuat dimeta.

WhatsApp Image 2023-09-29 at 19.16.34

Hero ML, X borg. — Agensi

1. X borg

X Borg tentunya dikenali oleh peminat ML yang tidak disangkal lagi kehebatannya sejak kemunculan awal permainan.

X Borg yang juga digelar sebagai cooldown mempunyai damage yang tinggi menjadi overpower pada musim 30 ML.

Selain itu, hero ini juga boleh mengelirukan pihak lawan di peringkat kejohanan kerana fleksibel untuk bermain dua peranan yang berbeza sama ada EXP atau pun Jungler.

WhatsApp Image 2023-09-29 at 19.16.35

Fedrinn merupakan hero paling popular di ML. — Agensi

2. Fedrinn

Hero yang sering dipilih oleh peminat ML adalah Fedrinn.

Hal ini kerana, Fedrinn memiliki ketahanan yang sangat tinggi terhadap damage yang banyak menjadikan ia sebagai hero paling popular dalam ML.

Seperti yang diketahui, hero tersebut sangat sukar untuk dibunuh kerana ketahanan yang tinggi sehinggakan ia sering digunakan sebagai Jungler agar pasukan dapat mengambil objek seperti Turtle dan Lord dengan mudah.

WhatsApp Image 2023-09-29 at 19.16.35 (1)

Yu Zhong antara hero yang boleh berubah menjadi naga. — Agensi

3. Yu Zhong

Dalam peringkat ML, hero fighter yang bakal meta adalah Yu Zhong kerana memiliki kelebihan ulti yang membuatnya berubah menjadi seekor naga.

Difahamkan, apabila Yu Zhong mampu berubah menjadi naga, ia mempunyai kelebihan untuk bergerak dengan bebas dan dijangka mampu menembusi kesemua tembok yang ada.

Tentunya apabila Yu Zhong berubah menjadi naga maka Marksman dan mage pasukan lawan terpaksa keluar daripada pertempuran untuk menyelamatkan diri.

Kedua-dua hero iaitu Marksman dan Mage merupakan damage dealer (damage tinggi) amat penting dalam pertempuran tetapi dengan adanya naga, maka peperangan mudah dimenangkan kerana mampu menghalang dua hero yang mempunyai role terpenting itu.

WhatsApp Image 2023-09-29 at 19.16.35 (2)

Kadita merupakan hero yang digelar raja laut. — Agensi

4. Kadita

Untuk hero Mage pula yang meta saat ini ialah Kadita.

Hero ini sangat sesuai digunakan ketika ingin menangkap musuh dengan bersembunyi di rumput terlebih dahulu untuk membuat serangan hendap.

Kombinasi kuasa pertama ditambahkan dengan Spell Petrified (lawan menjadi batu hingga terhenti seketika) kemudian dengan kuasa dua dan diakhiri ulti merupakan satu formula yang mematikan.

Hero-hero yang mempunyai darah yang tipis seperti Assasin, Marksman dan Mage sudah pasti tidak ingin berjumpa dengan Mage yang diberikan gelaran raja laut ini.

WhatsApp Image 2023-09-29 at 19.16.36

Irithel merupakan pilihan terbaik dalam hero ML. — Agensi

5. Irithel

Bagi pengguna Marksman pula, Irithel merupakan pilihan terbaik kerana hero ini telah di-buff sehingga mempunyai cooldown yang cepat untuk ultimate.

Kelebihan hero ini ialah fleksibel untuk bergerak dengan mudah dan ditambahkan dengan item baru seperti Great Dragon Spear mampu menambahkan lagi kelajuannya selepas menggunakan ultimate.

Selain itu, Marksman ini juga memiliki keunggulan ketika menyerang sambil berjalan dan ulti daripada Irithel itu memiliki critical damage yang sifatnya area sehingga boleh menyerang banyak musuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram