Pernah jadi kesayangan Dollah Salleh, bintang Argentina bantu Pahang tamatkan kemarau 12 tahun julang Piala Malaysia


  • Podium
  • Jumaat, 29 Sep 2023

Bekas penyerang Sri Pahang, Matias Conti. — Agensi

SEPULUH tahun lalu, Matias Conti pernah mengejutkan penyokong tanah air apabila menjaringkan dua gol pada penampilan sulungnya bersama pasukan Pahang FA ketika itu apabila berdepan PKNS dalam aksi suku akhir Piala Malaysia.

Bekas Ketua Jurulatih Sri Pahang ketika itu, Datuk Dollah Salleh amat kagum dengan persembahan yang ditampilkan oleh Matias Conti.

Stadium Darul Makmur,Kuantan, Pahang menyaksikan penyerang kelahiran Argentina itu pernah menjaringkan hatrik pertamanya untuk Pahang sekali gus memberikan pasukannya kelebihan 3-2 untuk perlawanan kedua pada edisi sama.

Matias Conti

Legenda Sri Pahang FC, Matias Conti bersama penyokong. — Agensi

Conti hanya menjaringkan tiga gol dalam Liga Super tetapi telah menggandakan prestasinya dalam Piala Malaysia lantas kekal sebagai pemain yang perlu diberi perhatian jika Tok Gajah meneruskan kemaraan dalam kejohanan ketika itu.

Dollah Salleh dilaporkan berkata, Conti mempunyai gaya permainan yang sangat baik untuk pasukan Pahang dan kagum dengannya.

Tambahnya lagi ketika itu, berkat semangat kental yang ditunjukkan oleh pasukannya di atas padang, skuad Tok Gajah berjaya meraih kemenangan menewaskan PKNS.

Conti membuka tirai jaringan selepas 34 saat babak pertama bermula apabila dia membolosi gawang pasukan R. Gopinathan tetapi dua gol pantas oleh Patrick Wleh dan Lot Abu Hassan ketika itu mengancam untuk merosakkan mood pasukan tuan rumah.

Dalam perlawanan ketika itu, Conti menanduk masuk gol penyamaan enam minit separuh masa kedua sebelum menjaringkan gol kemenangan apabila penjaga gol PKNS, Remezey Che Ros gagal menahan hantaran Amirulhadi Zainal.

Untuk rekod, Matias Conti pernah membantu Pahang menamatkan penantian 12 tahun untuk menjulang Piala Malaysia dan memberikan kejayaan ketiga buat pasukan Tok Gajah itu setelah melakukannya pada edisi 1983 dan 1992. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram