[VIDEO] Lajunya peserta LTdL, sampai berkelip lampu AES


  • Podium
  • Jumaat, 29 Sep 2023

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan lampu AES berkelip gara-gara peserta LTdL. — Twitter

PERLUMBAAN basikal berprestij peringkat antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia dan mempunyai reputasi yang baik dalam kalendar basikal antarabangsa.

Trek atau laluan acara LTdL akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang berjaya menarik penyertaan pasukan-pasukan profesional dari seluruh dunia.

Menerusi satu perkongsian video di media sosial memaparkan kejadian yang mencuit hati terjadi kepada peserta lumba basikal LTdL pada Khamis.

Manakan tidak, dalam video tersebut, kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilihat berkelip-kelip seolah-olah merakam kesalahan kesemua peserta lumba basikal tersebut yang dilihat melanggar lampu isyarat.

Difahamkan, ketika pelumba basikal itu cuba melintasi jalan, lampu merah sudah dinyalakan dan kesemua peserta dilihat tetap meneruskan perlumbaan.

Momen tersebut berjaya meraih perhatian warga maya kerana bukan sahaja kenderaan bermotor seperti kereta dan motor yang melanggar lampu isyarat malah basikal juga tidak mahu ketinggalan.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya memberikan pendapat kerana terhibur dengan kejadian yang berlaku di lampu isyarat berhampiran Stesen Behrang, Tanjung Malim, Perak itu.

"Laju sangat mereka ni sampai AES pun berkelip," kata @nanmanjoi8715.

"Dah sampai surat saman ke tu?," kata @marouapplehijau.

"Bawa basikal pun kena saman," kata @deean9.

Meskipun begitu, kesemua peserta pelumba basikal LTdL berada di bawah pengawasan pihak polis selama acara tersebut berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram