Ikatan cinta selebriti sepanjang 2022


  • Hiburan
  • Isnin, 26 Dis 2022

Antara selebriti tempatan yang mendirikan rumah tangga sepanjang 2022.

PERKAHWINAN adalah perkara terindah yang diinginankan oleh setiap pasangan bercinta.

Meletakkan mahligai cinta ke gerbang perkahwinan tentu sahaja menjadi detik bahagia.

Justeru, berikut antara barisan selebriti tanah air yang menamatkan hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.

Berikut Majoriti senaraikan antara barisan selebriti yang mendirikan rumah sepanjang 2022:

Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman

majoriti2022 (17)

Selebriti versatil dan juga aktivitis, Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari.

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung dengan penuh meriah mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Syura Badron dan Muhd Farizat Ismail

Screenshot 2022-12-24 at 11.33.51 PM

Penyanyi, Syura Badron, menamatkan zaman ibu tunggal selama sembilan tahun apabila melangsungkan perkahwinan buat kali kedua dengan jejaka pilihannya.

Majlis pernikahan pasangan itu dilakukan di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor pada Januari.

Kedua-duanya memiliki perbezaan usia sebanyak lapan tahun. Ketika berkahwin, usia Syura, 36, manakala Muhamad Farizat Ismail, 28.

Usop Mentor dan Nur Fatihah

majoriti2022 (16)

Penyanyi, Usop Mentor, 24, selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang pada 4 Februari. Pasangan itu juga dianugerahkan cahaya mata baru-baru ini.

Zulin Aziz dan Farhan Norzaini

majoriti2022 (15)

Pada 20 Februari, penyanyi, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mendirikan perkahwinan dengan Farhan Norzaini di Majis Negara, Kuala Lumpur.

Wany Hasrita dan Mohd Al-Adib Fahmi

Screenshot 2022-12-24 at 11.30.45 PM

Penyanyi Wany Hasrita, 30, sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, pada 22 Julai.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa Wany, Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar NIkah Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin AlRasyid Mat Isa di Dewan Glam, Damansara Perdana, Selangor.

Vanidah Imran dan Arif Abdillah Idris

Screenshot 2022-12-24 at 11.31.31 PM

Hampir empat tahun bergelar ibu tunggal dan berpisah dengan aktor Rashidi Ishak, pelakon hebat, Vanidah Imran kembali bergelar isteri dan mendirikan rumah tangga dengan Arifabillah Idris pada 7 Julai.

Pernikahan Vanidah dan Arifabillah dilakukan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Faizudz Saderi di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Shahir Zawawi dan Jaskin Jaludin

Screenshot 2022-12-24 at 11.30.15 PM

Penyanyi dan usahawan, Shahir Zawawi, sah bergelar suami kepada Jaskin Jaludin pada 2 September. Majlis pernikahan dan resepsi pasangan itu diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center, Subang Jaya, Selangor.

Sharifah Amani dan Syed Zainal Rashid

Screenshot 2022-12-24 at 11.29.57 PM

Dalam sebuah majlis tertutup, pelakon prolifik, Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada Syed Zainal Rashid pada 10 September.

Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Majlis Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara, Selangor iaitu Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Mas Idayu dan Muhamad Sufian Isa

Screenshot 2022-12-24 at 11.29.24 PM

Penyanyi dangdut, Mas Idayu selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pasangan pilihannya, Muhamad Sufian Isa. Majlis perkahwinan antara penyanyi dengan Penerbit Eksekutif TV3 itu diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall pada 16 September.

Sweet Qismina dan Adam Lee

Screenshot 2022-12-24 at 11.29.15 PM

Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee sah bergelar suami isteri pada 24 Oktober.

Sweet dinikahkan sendiri oleh abangnya, Fahid Asyraf Supandi dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Majlis Darul Ehsan, Ampang, Mohamad Khairi Hussein.

Syifa Melvin dan Safawi Rasid

Screenshot 2022-12-24 at 11.29.03 PM

Pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid sah bergelar suami kepada Syifa Melvin yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin pada 28 November.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam disaksikan oleh bapanya Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam iaitu suami Syatilla Melvin.

Da’i Syed dan Hana Ismail

Screenshot 2022-12-24 at 11.28.28 PM

Pendakwah bebas Da’i Syed selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Hana Ismail pada 3 Disember.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.

Anita Baharom dan Engku Isyamuddin Tuan Losin

Screenshot 2022-12-24 at 11.28.18 PM

Pelakon Anita Baharom mendirikan rumah tangga kali kedua dengan jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember.

Perkahwinan Anita itu mengundang pelbagai pendapat apabila dia tidak mengambil masa lama untuk berkahwin semula setelah kematian suami, Mohd Ismadi Ismail pada 1 Januari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram