SEORANG guru cedera parah di kepala akibat terkena hentakan sebuah kerusi besi yang dibaling pelajar di Sekolah Menengah Flint Southwestern Academy, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Insiden itu difahamkan berpunca akibat pergaduhan sekumpulan pelajar di kelas sekolah terbabit yang menyaksikan salah seorang daripadanya membaling kerusi tersebut.
Cuba meleraikan kekecohan tersebut, kerusi itu kemudiannya terkena pada kepala guru wanita berkenaan yang sekali gus mengakibatkan dia terjatuh pengsan dan mengalami kesan luka ketika kejadian.
Namun, situasi itu tidak dipedulikan remaja terbabit yang terus berbalah dan bertumbuk sesama sendiri selepas daripada insiden terbabit.
Walaubagaimana pun, guru itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan dibenarkan keluar pada hari sama.
Bekas Ketua Polis Bandar Detroit, James Craig berkata, rakaman kejadian jelas menunjukkan kelakuan biadap pelajar yang tidak menghormati guru mereka.
"Kegagalan untuk mendidik generasi muda adalah resipi meningkatkan kadar jenayah, pengangguran dan gangguan masyarakat, rakyat berhak dapat yang lebih baik," katanya.
Kesemua pelajar terlibat dilaporkan akan dikenakan tindakan undang-undang namun jenis hukumannya belum dapat dipastikan setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram