[VIDEO] Suasana pilu, anak meronta minta bapa dibebaskan lepas ditangkap mencuri


  • Benua
  • Sabtu, 30 Sep 2023

Tangkap layar seorang kanak-kanak perempuan menangis saat bapanya ditangkap mencuri di sebuah perkampungan Indonesia.

SEORANG kanak-kanak perempuan menangis dan meronta selepas bapanya ditangkap mencuri oleh penduduk di sebuah perkampungan dekat Indonesia pada Khamis.

Suasana pilu itu cukup menyayat hati apabila budak terbabit merayu agar bapanya tidak dibawa ke balai polis dan dibebaskan segera.

Diikat ketat dan dibiarkan bercangkung di tanah, individu lelaki tersebut dipercayai tertangkap selepas kegiatannya disedari orang ramai.

Seorang anggota polis turut kelihatan di lokasi kejadian dan bersedia untuk membawanya ke balai untuk siasatan lanjut.

Meraih lebih 200,000 tontonan, rakaman berdurasi 13 saat itu hangat diperkatakan di laman media.

Namun, jenis barangan yang dicuri tidak dapat dipastikan buat masa sekarang dengan tiada maklumat lanjut berhubung kesalahan si pelaku.

Rata-rata warganet di ruangan komen memohon agar anaknya dilindungi dan ditenangkan penduduk kampung.

"Sedih tengok anaknya menangis, harap ada pihak yang membantu dan bimbing dia ke arah lebih baik, sepatutnya pihak polis juga tidak boleh biarkan perkara ini berlaku," kata ShantyMalasari.

"Walau apa pun kesalahan dilakukan, dia tetap seorang bapa yang baik dan ada kemungkinan terpaksa mencuri demi kelangsungan hidup anaknya," ujar SyahRedian.

"Hatinya pasti hancur kerana gagal beri contoh terbaik buat anaknya, namun di sebalik kesalahannya dia mampu menjadi insan disayangi, semoga kasih sayang anaknya menjadi kebaikan untuk mereka sekeluarga," jelas Tri Widodo.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram