PENINJU negara, Aswan Che Azmi melakar sejarah apabila hanya memerlukan 53 saat untuk memenangi pusingan 16 bagi acara 71 kilogram (kg) sukan tinju dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Khamis.
Dengan keputusan Referee Stop Contest (RSC) susulan lebih tiga tumbukan tanpa balas, Aswan berjaya meraih kemenangan menewaskan peninju wakil dari negara Kuwait sekali gus meneruskan cabaran acara 71 kg ke suku akhir.
Dalam perkongsian video tersebut, Aswan dilihat tidak memberi peluang kepada lawan untuk meraih sebarang mata.
Walaupun memiliki sedikit perbezaan fizikal, namun ia bukan penghalang untuk Aswan cipta kemenangan.
Asakan demi asakan yang dihasilkan oleh peninju negara membuahkan hasil selepas menjadi pemenang pusingan 16 tersebut.
Selepas ini, Aswan akan berdepan cabaran peninju dari Taiwan di suku akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram