Masih kempunan lihat sarung jersi JDT, bintang Argentina pilih kelab Itali selepas bergelar ejen bebas


  • Podium
  • Jumaat, 29 Sep 2023

Gomez pernah berjumpa TMJ pada tahun lepas. — Instagram/TMJ

HASRAT pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa masuk pemain berkelas dunia dari Eropah kembali terbuka apabila pemenang Piala Dunia Qatar 2022, Papu Gomez telah Sevilla awal bulan ini.

Difahamkan, faktor gaji menjadi antara punca Sevilla melepaskan tonggak tengah berpengalaman itu.

Bagaimanapun, bintang Argentina itu masih belum memberi jawapan mengenai masa depannya sungguh pun pernah dikaitkan dengan JDT.

Ia berikutan, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberi bayangan bahawa pasukannya mungkin membawa masuk salah seorang pemain ternama dari Argentina iaitu Papu Gomez pada tahun lepas.

TMJ berkata demikian menerusi laman media sosial Twitter miliknya yang mana baginda menyatakan beliau tidak pernah tahu pemain mana yang akan dibawa masuk namun perancangan untuk memantapkan pasukan menjelang saingan liga musim hadapan (Liga Super 2024) sudah dimulakan.

TMJ x

Ciapan TMJ berkenaan beliau berminat untuk mendapatkan Papu Gomez tahun lepas. X

Untuk rekod Papu Gomez banyak menghabiskan karier sebagai pemain bola sepak di Argentina dan Eropah seperti Liga Ukraine, Itali serta Sepanyol.

Sah telah menjadi ejen bebas, Papu Gomez mula kembali dikaitkan dengan JDT, namun hasrat untuk melihat dia menyarung jersi Harimau Selatan mungkin berakhir apabila difahamkan pemain tengah itu memilih untuk menyertai kelab Itali, AC Monza.

Menurut ciapan wartawan sukan, Fabrizio Romano, kelab Itali itu bersedia menandatangani Papu Gomez sebagai ejen bebas selepas dia pulih daripada kecederaan Ligamen Anterior Cruciate (ACL).

"Segala perbincangan telah mencapai persetujuan, pemeriksaan kesihatan sudah dibuat menurut laporan Sky Sport," ciapnya dalam X.

Kunimoto

Kunimoto menyertai JDT semasa jendela perpindahan kedua Liga M. MFL

Sebelum kehadiran Takahiro Kunimoto, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Gomez bakal ke Harimau Selatan bagi membantu pasukan itu menghadapi kejohanan Asia Champions League (ACL) musim ini.

Gomez yang juga terkenal dengan jolokan El Pachu merupakan seorang pemain yang boleh beraksi sebagai penyerang, pemain sayap dan pemain tengah.

Kehadiran pemain lincah tersebut sudah pasti akan menambah kekuatan skuad Harimau Selatan itu apatah lagi mempunyai pengalaman luas pernah beraksi di pentas tertinggi Eropah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram