[VIDEO] Aksi debut Sukan Asia, atlet berusia 18 tahun hanya perlu 10 saat tumbangkan pihak lawan


  • Podium
  • Khamis, 28 Sep 2023

Antara aksi perlawanan tinju di antara Fajardo dan Wangdi dalam Sukan Asia baru-baru ini.

ATLET tinju Filipina, Ashley Fajardo melakukan debut yang sempurna dalam Sukan Asia ke-19 yang mana dia hanya memerlukan tidak sampai satu pusingan untuk menewaskan lawannya dari Bhutan, Dorji Wangdi pada Ahad lalu.

Atlet kelahiran Cebu, Filipina itu memerlukan 10 saat untuk menumbangkan Wangdi apabila dia melakukan beberapa tumbukan ke arah muka lawannya itu sebelum tumbang di atas lantai gelanggang.

Selepas terkena pukul deras di muka, Wangdi cuba bangun sambil pengadil memulakan kiraan untuk memberi masa buat atlet Bhutan itu bangun meneruskan perlawanan.

Namun, Wangdi gagal berdiri dengan baik yang mana menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan, sekali gus memberikan kemenangan sulung kepada Fajardo.

Ia merupakan penamat yang menarik buat atlet tinju berusia 18 tahun itu selepas Sukan Asia merupakan kejohanan keduanya di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, perjalanan atlet muda itu terhenti di pusingan ke-16 selepas mudah ditewaskan oleh atlet tinju China, Wang Xiangyang pada Khamis.

Ia sekali gus meletakkan Fajardo sebaris dengan petinju Filipina yang lain gagal mara ke pusingan seterusnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram