TIADA angin, tiada ribut, rumah mewah bekas penjaga gol kebangsaan difahamkan sudah dilelong kerana gagal membayar unit tersebut.
Perkongsian itu dinyatakan oleh seorang ejen hartanah, Muhammad Ishaq dalam Facebook yang mengajak orang ramai mengambil iktibar daripada kejadian itu.
"List lelong makin banyak, banyak juga 'owner' yang terkenal rumahnya kena lelong.
"Bila tengok list ramai nama yang familiar, ada dulunya jutawan kosmetik, founder produk, artis, pelakon, businessman, datuk dan datin.
Tangkap layar posting dari Muhammad Ishaq.
Tambahnya lagi, beliau baru sahaja selesai urusan lelong rumah bekas pemain Harimau Malaya dan menasihati orang ramai mengambil iktibar daripada kejadian itu.
"Tadi baru saja selesai lelong rumah bekas penjaga gol kebangsaan.
"Apakah petanda ini? Apa pengajaran yang boleh kita sama-sama ambil?" soalnya.
Bercakap soal bekas penjaga gol kebangsaan mungkin banyak nama yang mungkin bermain di fikiran penyokong bola sepak negara.
Antara bekas penjaga gol yang pernah menjadi benteng terakhir Harimau Malaya ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farizal Marlias, Muhd Khairulazhan Mohd Khalid dan ramai lagi.
Khairul Fahmi musim ini beraksi untuk Sabah FC.
Tiga nama itu antara penjaga gol yang sering berada dalam senarai panggilan skuad kebangsaan sejak 2014.
Dalam ruangan komen, salah seorang warga net bertanyakan sama ada bekas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat antara individu yang menjadi mangsa lelong rumah selepas gagal menyelesaikan pembayaran unit itu.
Persoalan, siapakah bekas penjaga gol kebangsaan yang terlibat? Adakah tiga nama itu yang dimaksudkan oleh ejen hartanah tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram