Seakan ada badi, Yazan juga pernah dibuang padang oleh 'ref' Malaysia


  • Podium
  • Selasa, 26 Sep 2023

Perbincangan hangat diteruskan di media sosial mengenai tahap profesionalisme Yazan al-Arab atas kelakuannya itu.

SEHINGGA hari ini, insiden kekasaran yang berlaku antara pemain import Selangor FC, Yazan al-Arab dan pengadil perlawanan setelah aksi Piala Malaysia skuad Gergasi Merah bertemu Terengganu FC di Stadium MBPJ, Selangor pada Sabtu lalu.

Pertahanan kebangsaan Jordan itu terlebih dahulu melakukan aduan mengenai isu pengadilan terhadap Hasrol Amir yang dianggap berat sebelah sepanjang 90 minit permainan.

Bagaimanapun, situasi itu menjadi lebih teruk apabila pengadil berkenaan melayangkan kad merah sejurus wisel penamat aksi ditiupkan.

Keputusan berkenaan kemudiannya menghangatkan lagi keadaan dengan Yazan yang kurang berpuas hati bertindak menendang Hasrol di bahagian punggungnya.

Insiden terbabit berjaya dirakam sebelum ia dikongsikan terhadap penyokong bola sepak tanah air yang kurang berpuas hati dengan tahap profesionalisme pemain berusia 27 tahun itu.

WhatsApp Image 2023-09-26 at 16.20.47

Amirul Izwan ketika melayangkan kad merah terhadap Yazan.

Bagi mereka, meskipun dilihat beberapa keputusan pengadil boleh dipersoalkan, ia bukanlah alasan untuk bek tengah Selangor FC itu untuk bertindak sedemikian.

Jadi, persoalan mula timbul sehingga mendesak orang ramai untuk terus mencari informasi terdahulu bagi mengetahui sekiranya Yazan sememangnya seorang pemain dengan isu disiplin.

Namun, berdasarkan penemuan Majoriti, Yazan hanya dilayangkan dua kad merah dalam kariernya dengan satu daripadanya berpunca daripada insiden baru-baru ini.

Satu lagi perlawanan yang menyaksikan pemain berbadan tegap itu diarahkan untuk keluar padang adalah dalam aksi Liga Juara-juara AFC (ACL) 2021.

Yazan yang ketika itu masih bersama kelab dari Jordan, Al Wehdat diturunkan dalam aksi Kumpulan D berdepan wakil dari Qatar, Al Sadd di laman sendiri.

177575647_3921943911208804_8299539643534397380_n

Yazan (tengah) ketika beraksi bersama Al-Wehdat dalam ACL 2021. Facebook/ACL

Setelah dikenakan kad kuning pada awal permainan, pemain terbabit kemudiannya menjatuhkan penyerang lawan, Yusuf Abdurisah pada minit ke-75.

Tetapi, apa yang menarik mengenai insiden terbabit adalah apabila aksi ACL itu diadili pengadil dari Malaysia, Amirul Izwan Yaacob dengan dibantu Yusri Muhamad.

Bagaimanapun, layangan kad merah itu diterima dengan baik oleh bek tengah berkenaan yang seolah-olah memahami rasional di sebalik keputusan terbabit.

Ia memberi satu gambaran bahawa Yazan seperti tidak mempunyai nasib yang baik setiap kali beraksi di hadapan pengadil dari negara tanpa mengira pertandingan disertainya.

Namun, pandangan berkenaan tidak menggambarkan bahawa terdapat isu pengadilan serius memandangkan kedua-dua insiden itu sememangnya wajar menyaksikan Yazan dikenakan tindakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram