Kontroversi, protes iringi kegagalan Nurul Hidayah ke semi final acara poomsae


  • Podium
  • Ahad, 24 Sep 2023

Tangkap layar Ketua Jurulatih taekwondo negara protes keputusan suku akhir acara poomsae individu wanita.

HASRAT atlet taekwondo negara, Nurul Hidayah Abdul Karim untuk mendapatkan kemenangan tidak tercapai apabila dia terlepas peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir acara poomsae individu wanita di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Nurul Hidayah yang kecewa dengan keputusan itu terpaksa akur dengan kemenangan Salahshouri Marjan yang mewakili negara Iran dalam acara tersebut.

Bagaimanapun, timbul insiden yang kurang menyenangkan apabila Ketua Jurulatih taekwondo negara, Jin Jun Beom memprotes keputusan akhir tersebut.

Difahamkan, jurulatih negara tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana berasakan atlet yang mewakili negara Iran itu melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya diberikan markah oleh juri bertugas.

Taekwondo

Tangkap layar keputusan akhir suku akhir acara poomsae individu wanita.

Bagaimanapun, jika melihat kepada keputusan keseluruhan, kedua-dua mereka memiliki keputusan yang seri iaitu pada pusingan pertama, Nurul Hidayah meraih 7.740 poin manakala pusingan kedua, dia mendapat 7.820 sekali gus secara keseluruhan mengumpul 108.5 poin.

Sementara itu, Salahshouri pula mendapat 7.780 pada pusingan pertama dan 7.780 ketika pusingan kedua serta mengumpul 108.8 poin.

Kedua-dua mereka mengumpul markah secara purata 7.780 untuk dua pusingan tersebut namun hanya dibezakan dengan 0.03 poin.

Jika melihat kepada keputusan itu, Salahshouri memiliki kelebihan poin untuk bergelar juara sekali gus mara ke peringkat seterusnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram