SATU ketika dahulu, karier peninju, Prichard Colon berada di landasan terbaik untuk meletakkannya sebagai seorang jaguh dalam sukan berkenaan.
Dia yang hadir dari Florida, Amerika Syarikat berpindah ke Puerto Rico pada usianya 10 tahun untuk menaikkan namanya dengan menyertai pelbagai pertandingan.
Pada 2010, Colon meraih pingat emas setelah bertanding dalam Kejohanan Belia Pan-Amerika selain dinamakan dalam buku rekod Kejohanan Dunia WBC.
Dua tahun selepas itu, dia memilih untuk beraksi secara profesional dengan rekodnya cukup baik apabila hanya mengalami satu kekalahan dan mencatatkan satu keputusan seri dalam 16 perlawanan pertamanya.
Bagaimanapun, pada 2015, dia yang sudah dikenali ramai dijadualkan untuk berdepan Terrel Williams dalam satu pertemuan di Arena EagleBank, Washington FC, Amerika Syarikat.
Situasi terkini Colon yang mengalami kelumpuhan kekal sejak insidennya lapan tahun lalu.
Sepanjang perlawanan berkenaan, lawan kepada Colon itu dikatakan melakukan pukulan melanggar peraturan mengenai bahagian belakang kepalanya.
Namun, meskipun sudah membuat aduan, pengadil seakan-akan tidak mengendahkannya dengan mengarahkan supaya perlawanan itu diteruskan.
Lebih teruk lagi, doktor yang ditugaskan di tepi gelanggang juga mengatakan Colon masih boleh beraksi walaupun dia mengatakan mengalami pening kepala dan sukar untuk berdiri.
Tetapi, pada pusingan kesembilan, peninju yang kini berusia 31 tahun itu memilih untuk menarik diri setelah berasakan dia sudah tidak dapat meneruskan perlawanan.
Situasi menjadi lebih buruk ketika Colon sedang dalam perjalanan ke bilik persalinan dengan bantuan keluarganya, namun dilihat tidak berada dalam keadaan yang baik.
Klip daripada perlawanan antara Colon dan Williams pada 2015.
Gusar dengan situasi berkenaan, kenalannya lantas membawanya ke hospital dengan doktor mendapati atlet berkenaan mengalami pendarahan di kepala.
Meskipun sudah menjalani pembedahan, Colon tidak menyedarkan diri selama 221 hari, lantas menyebabkan ahli keluarganya terus risau dengan keadaannya.
Namun, pada 2021, Colon akhirnya sedar tetapi berada dalam tahap kesihatan yang terbaik apabila dia disahkan mengalami kecacatan kekal akibat impak teruk terhadap otaknya.
Situasinya itu menyebabkan orang ramai terus bersimpati terhadapnya apabila keluarganya perlu memberi penjagaan rapi buat Colon, termasuk memandikannya dan menyuapkan makanan.
Tidak lama selepas itu, ibunya, Maria Nieves-Colon mengambil keputusan mengenakan tindakan mahkamah terhadap Williams dengan mengarahkannya untuk membayar pampasan bernilai AS$50 juta (RM234 juta).
Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada perkembangan mengenai perkara berkenaan dengan Colon kini terus diberikan penjagaan oleh ahli keluarganya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram