SABAH FC menepati jangkaan ramai apabila mudah menewaskan kelab Singapura, Hougang United dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan Kumpulan H Piala AFC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila Gabriel Peres menjaringkan gol seawal minit kelima perlawanan apabila menanduk bola masuk hasil hantaran Daniel Ting.
Sang Badak yang dilihat lebih dominan dalam di separuh masa pertama menambah jaringan pada minit ke-38 selepas Darren Lok berjaya menampan bola masuk selepas ke dalam gawang gol lawan.
Bersambung babak kedua, Hougang bermula garang apabila membolosi gawang gol Sabah pada minit ke-61 menerusi Kazuma Takayama.
Kesebelasan utama Sabah ketika menentang Hougang United.
Jaringan oleh Takayama itu menimbulkan banyak persoalan seluruh penyokong Sabah apabila dilihat bola itu sempat ditepis oleh Damien Lim dan tidak melepasi garisan gol.
Namun dalam perlawanan itu, AFC tidak membenarkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) meskipun Stadium Likas sudah dilengkapi sistem tersebut.
Selang dua minit kemudian, Lok tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol kedua peribadi walaupun keadaan padang becak akibat hujan lebat.
Keputusan kekal 3-1 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.
Walaupun hujan lebat, penyokong Sabah tidak menganggap ia mengganggu rentak perlawanan tetapi satu rahmat untuk Sang Badak kerana memenangi perlawanan pembukaan Piala AFC.
"Mantap, keadaan cuaca juga sikit sebanyak membantu kita untuk mendahului," kata Sikubung Generestion.
"Hujan rahmat untuk Sang Badak," jelas Dos Rinesy.
"Hujan lebat selebat gol Sabah, tahniah," luah Jen Julius.
"Respect Sabah, hujan lebat pun bertambah gol," ujar Rocker Bista. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram