[VIDEO] 'Harry Kane menipu, dia lebih berminat sertai Man United'


  • Podium
  • Rabu, 20 Sep 2023

Kane kini sudah membuktikan kualitinya dalam Bundesliga bersama Bayern Munich dengan empat gol daripada empat penampilan. — Agensi

PENYERANG antarabangsa England, Harry Kane pasti akan menjadi harapan untuk kelab baharunya, Bayern Munich untuk aksi Liga Juara-juara UEFA (UCL) menentang Manchester United pada awal pagi Khamis.

Pertembungan yang bakal berlangsung di Allianz Arena, Jerman itu semestinya menjadi harapan buat juara bertahan Bundesliga tersebut untuk meraih tiga mata penuh.

Jadi, Kane yang kini sudah menjaringkan empat gol dalam empat penampilan liga pastinya akan diberikan kepercayaan besar untuk mengemudi jentera serangan mereka.

Namun, selain diberikan tanggungjawab penting di atas padang, kapten skuad antarabangsa England berkenaan turut diletakkan peranan untuk menghadiri sesi sidang media sebelum perlawanan.

Antara soalan yang diajukan terhadap pemain berusia 30 tahun itu ialah mengenai perpindahannya ke Bayern Munich dari kelab terdahulunya, Tottenham Hotspur.

"Secara jujurnya, ketika jendela perpindahan lalu, saya ada mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab lain. Tetapi, hanya Bayern yang saya tertarik.

"Tumpuan saya semestinya hanya untuk kelab ini dan sudah tentu, Manchester United adalah sebuah pasukan yang hebat, namun saya sudah membuat keputusan untuk sertai Bayern," katanya.

Bagaimanapun, bagi seorang pemerhati bahasa tubuh, Darren Stanton, penyerang terbabit tidak jujur dalam meluahkan perasaannya dalam sesi berkenaan.

Memetik laporan Daily Star, Kane sememangnya berhasrat untuk menyertai Manchester United, namun terpaksa akur dengan situasinya bersama kelab Jerman itu.

Manchester-United-Kane-scaled-e1648386341473-1024x683

Harry Kane sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Agensi

"Sekiranya hanya satu bahunya yang bergerak, ia menunjukkan bahawa dia cuba untuk melupakan perkara itu. Pada saya, itu merupakan penipuan mengenai tahap kegembiraan seseorang.

"Jika seseorang memulakan ucapannya dengan 'secara jujurnya', terdapat kemungkinan individu itu sedang cuba untuk menipu dan Kane melakukannya jua," katanya.

Stanton merupakan seorang pakar dalam bidang berkenaan apabila pernah diupah untuk menilai tubuh badan tokoh ternama di peringkat global, termasuk Donald Trump.

Sebelum ini, Kane mengesahkan penghijrahannya ke Bayern Munich dengan yuran perpindahan bernilai RM579 juta (£100 juta) pada penghujung jendela perpindahan.

Meskipun dikaitkan dengan Manchester United, keengganan Tottenham untuk memeterai urusan berkenaan menyaksikan Kane menjadi pemain England ketiga beraksi buat The Bavarians selepas Omar Richards dan Owen Hargreaves. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram