Memang level kelab elit, 5 bintang tunggu lampu hijau sertai Man United


  • Podium
  • Selasa, 27 Jun 2023

Ten Hag perlu bertindak drastik susulan semakin ramai pesaing beratur ingin mendapatkan calon idaman mereka. — Agensi

MANCHESTER United kini sedang bergelut untuk membuat pembelian pada jendela perpindahan musim panas ini dengan pengendalinya, Erik Ten Hag mahu segera membuat tindakan susulan semakin ramai pesaing beratur ingin mendapatkan calon idaman mereka.

Menerusi laporan Express Sport, berikut lima pemain yang dikatakan akan berpindah ke Old Trafford pada musim panas ini dan mendesak Man United membuat tindakan segera.

1) Mason Mount

WhatsApp Image 2023-06-27 at 20.47.21

Mount berharap akan menyertai Man United pada jendela musim panas ini.

Bukan rahsia lagi bahawa pemain tengah Chelsea, Mason Mount mahu menyertai United pada musim panas ini namun perbincangan antara Red Devils dan Blues menemui pelbagai halangan.

United meletak tiga bidaan untuk pemain berusia 24 tahun itu namun ditolak dan skuad Ten Hag sudah kelihatan bersedia untuk beralih kepada pemain lain.

Namun, Mount masih berharap untuk beraksi di Old Trafford dan bukannya Stamford Bridge pada musim depan.

2) Harry Kane

Terdapat dakwaan bercanggah mengenai Harry Kane dan sama ada United masih menginginkan bintang Tottenham itu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, muncul dakwaan bahawa Kane terbuka untuk meninggalkan Spurs dan menyertai pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka.

Sebarang perjanjian untuk mendapatkan kapten England itu tidak akan murah dengan pengerusi Tottenham, Daniel Levy dikenali sebagai seorang perunding sukar dibawa berbincang.

United difahamkan akan membayar yuran sekitar £100 juta (RM594 juta) untuk membawa Kane ke kelab itu dan menjadikannya sebagai tonggak utama di bahagian serangan.

3) Rasmus Hojlund

WhatsApp Image 2023-06-27 at 20.47.20-2

Hojlund penyerang sedang meningkat naik Denmark.

Seorang lagi penyerang United sedang dalam pertimbangan ialah pemain antarabangsa Denmark, Rasmus Hojlund.

Selepas menjaringkan sembilan gol untuk Atalanta musim lalu, Hojlund kini dilihat sebagai prospek untuk masa depan.

Hojlund nampaknya tidak sabar untuk menyertai United, walaupun hanya menghabiskan setahun di Itali.

Seperti Kane dan Mount, Red Devils juga perlu menghadapi bayaran premium untuk membawa Hojlund ke Old Trafford.

4) Axel Disasi

Axel Disasi memberi persembahan mengagumkan bersama AS Monaco dalam beberapa tahun kebelakangan ini setelah berpindah dari Reims pada 2020.

Wartawan terkenal, Fabrizio Romano juga menyatakan bahawa pemain muda itu suka bermain di bawah bimbingan Ten Hag di Old Trafford.

"Disasi adalah pemain yang kekal dalam senarai yang ingin menyertai United.

“Apa yang saya faham, dia akan sangat gembira dengan perpindahan ke United. Tetapi, dia bukan keutamaan untuk kelab setakat ini,” ujar Romano.

5) Neymar

WhatsApp Image 2023-06-27 at 20.47.20-3

Perpindahan Neymar ke United berkemungkinan mustahil untuk berlaku.

Pada Mei lalu, tonggak Brazil, Neymar didakwa adalah seorang lagi bintang yang bersemangat untuk menyertai United.

Walau bagaimanapun, skuad The Red Devils pantas mengecilkan spekulasi mengenai perpindahan itu.

Malah, dengan ketiadaan Lionel Messi agak sukar untuk melihat Neymar meninggalkan Paris Saint-Germain dalam masa terdekat ini.

Neymar nampaknya tidak mungkin akan ke Old Trafford namun memandangkan betapa hebatnya jendela perpindahan musim lalu, ada kebarangkalian bekas pemain Barcelona itu akan menyarung jersi Man United. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram