Lepas 20 tahun, legenda Man United tidak lagi tersenarai untuk julang Ballon d'Or


  • Podium
  • Khamis, 07 Sep 2023

Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan Ronaldo bersama pasukan Al Nassr. — Instagram/cristiano

NAMA bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo menjadi bualan hangat di media sosial apabila tidak tersenarai sebagai calon Ballon d'Or 2023.

Pemain kebangsaan Portugal itu sudah lama tampil dalam senarai Ballon d'Or dengan penyertaan namanya bagi anugerah tahunan tersebut dalam kalangan calon sejak tahun 2004.

Selepas permulaan penuh kontroversi musim ini, dia menamatkan kariernya dalam kancah bola sepak Eropah apabila meninggalkan Manchester United dan berpindah ke Arab Saudi pada Disember lalu.

Walaupun menjaringkan 26 gol dalam 33 penampilan buat Al-Nassr, pemain berusia 38 tahun itu diketepikan daripada senarai 30 pemain bagi anugerah Ballon d'Or 2023.

Bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama namanya tidak berada dalam senarai kerana kali terakhir Ronaldo tidak dimasukkan sebagai calon adalah pada 2003.

Untuk rekod, Ronaldo menerima 19 pencalonan Ballon d'Or berturut-turut bagi rekod individu dan mendapat laluan ke senarai pendek setiap tahun bermula dari umur 19 hingga 37 tahun.

Seramai 30 calon yang tersenarai dalam Ballon d'Or 2023 antaranya Lionel Messi, Kylian Mbappe, Erling Haaland, Karim Benzema, Mohamed Salah, Bukayo Saka, Andre Onana, Luka Modric dan Hary Kane. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram