
JOHOR Darul Takzim (JDT) bakal memulakan kempen Liga Juara-juara AFC (ACL) 2023/24 dengan aksi berdepan wakil dari Jepun, Kawasaki Frontale di laman sendiri.
Pertembungan yang bakal berlangsung pada Selasa malam itu dijangka akan menarik ribuan penyokong skuad Harimau Selatan untuk menyaksikan pertembungan terbabit.
Manakan tidak, kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung menyaksikan skuad Azzurro Nero membenam JDT dalam aksi Kumpulan I ACL musim lalu.
Kelebihan seperti berpihak kepada juara bertahan Liga Super itu memandangkan Kawasaki Frontale tidak berada dalam prestasi terbaik di peringkat domestik.
Selepas mengharungi 27 aksi J1 League, pasukan kendalian Toru Oniki berada di tangga kesembilan berbanding JDT yang kini menduduki tangga teratas dalam carta liga.
JDT dan Kawasaki Frontale pernah berentap di peringkat kumpulan ACL musim lalu. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Bagaimanapun, pengalaman kelab Jepun terbabit di pentas Asia tidak boleh dipandang rendah dengan skuad yang mereka miliki juga cukup berkualiti.
Tidak cukup dengan itu, dalam sidang media pra-perlawanan, Oniki mendedahkan bahawa pasukannya terdiri daripada pemain baharu dan muda.
Dalam satu ciapan Fina Nasrom, pengendali berusia 49 tahun berkenaan seakan-akan mengira ubi muda yang dibawanya untuk aksi berdepan JDT.
Jelasnya, akan ada kira-kira tujuh hingga lapan perubahan pemain akan dibuat dengan antara mereka merupakan pemain daripada skuad remaja.
Bekicap kawan nak kena kira balik, brapa pemain baru, brapa dari youth ..
Ketua Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki dedahkan, seramai 7-8 perubahan pemain dan ada di antara mereka dari pemain remaja
ACL : JDT VS KAWASAKI FRONTALE@ASTROARENA pic.twitter.com/BpYylmoGrB
— FinaNasrom (@fnasrom) September 18, 2023
Namun, ia dilihat hanya satu serangan psikologi yang dibuat memandangkan skuad yang mereka miliki cukup baik dari segi serangan mahupun pertahanan.
Antara tonggak yang dijangka akan diturunkan ialah bekas penyerang antarabangsa Perancis, Bafetimbi Gomis dan bek kanan mereka, Miki Yamane.
Bagi JDT pula, terdapat kemungkinan pengendali pasukan, Esteban Solari mampu menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan mereka yang cedera dijangka dapat beraksi.
Selain Kawasaki Frontale dan skuad Harimau Selatan, Kumpulan I ACL 2023/24 turut disertai pasukan dari Thailand, BG Pathum United serta wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram