Bekas bintang EPL ledak gol debut Kawasaki, amaran keras buat JDT


  • Podium
  • Isnin, 18 Sep 2023

Gomis sudah bermain 766 perlawanan dalam kerjaya profesionalnya dengan menjaringkan 355 gol. — Instagram/Gomis

JOHOR Darul Takzim (JDT) perlu memberi lebih perhatian kepada bekas pemain antarabangsa Perancis, Bafetimbi Gomis apabila Harimau Selatan bertembung dengan Kawasaki Frontale dalam perlawanan pembukaan Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Gomis merupakan pemain utama kelab Jepun itu musim ini dan akan membuat penampilan sulung di liga tertinggi Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Selasa.

Pemain berusia 38 tahun itu sudah bermain 766 perlawanan dalam kerjaya profesionalnya dengan menjaringkan 355 gol sejak membuat penampilan sulung pada 2004.

Bagi penampilan bersama Perancis pula, Gomis telah bermain 12 kali untuk negaranya dan menjaringkan tiga gol.

Sebelum menyertai Kawasaki pada 8 Ogos lalu, Gomis, yang terkenal dengan gaya harimau ketika meraihkan jaringan gol itu bermain untuk kelab Turki, Galatasaray.

Di Asia, dia mencipta nama untuk kelab Arab Saudi Al-Hilal yang mana berhasil menjaringkan 116 gol dalam 154 perlawanan dalam semua pertandingan.

Selain kelab-kelab ini, dia juga pernah bermain untuk pasukan seperti kelab Perancis Saint Etienne, Troyes Olympique Lyon dan Olympique Marseille dan Swansea City ketika skuad itu masih berada pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

WhatsApp Image 2023-09-18 at 14.33.20

Barisan pemain JDT sedang menjalani sesi latihan menjelang aksi pertama menentang Kawasaki Frontale saingan ACL 2023. — Facebook/JDT

Gomis membuat penampilan sulungnya untuk Kawasaki pada Jumaat lalu apabila dia bermain selama 64 minit menentang FC Tokyo dalam Liga Jepun.

Kemenangan itu penting kerana dia membantu pasukannya memecahkankan kebuntuan selepas kalah lima perlawanan dalam semua pertandingan.

Gomis berkata, dia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk mencapai tahap prestasi biasa.

“Seronok membuat penampilan sulung saya di hadapan penyokong tuan rumah. Kemenangan pada perlawanan pertama adalah bagus tetapi saya perlu meningkatkan kecergasan saya,” katanya di laman web kelab.

Selain Gomis, penyerang lain yang mampu menimbulkan masalah kepada JDT ialah pemain Brazil Marcinho dan Leandro Damiao.

JDT berdepan Kawasaki dua kali tahun lalu dalam Liga Juara-Juara tetapi tidak dapat menyingkirkan mereka daripada takhta kerana terikat 0-0 (21 April 2022) dan tewas 0-5 (24 April 2022).

Mereka perlu mencari jalan untuk menghentikan Gomis dan rakan sepasukannya dalam usaha untuk meningkatkan profil mereka di peringkat Asia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram