Bekas staf Pan-gon jadi calon gantikan tugas Elavarasan bersama Harimau Muda


  • Podium
  • Selasa, 19 Sep 2023

Calon kepada pengganti Pan-gon terus menimbulkan tanda tanya daripada peminat bola sepak tanah air.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin mengumumkan bahawa pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, E Elavarasan akan meninggalkan jawatannya itu.

Keputusan berkenaan dibuat berikutan tekanan daripada penyokong bola sepak tanah air yang dilihat kurang berpuas hati dengan taktikal diterapkannya.

Dalam kenyataan tersebut, jurulatih berusia 62 tahun itu akan kembali berada dalam staf kejurulatihan Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya.

Jadi, persoalannya, siapakah yang layak untuk mengemudi skuad B-23 negara memandangkan pasukan tersebut bakal berentap dalam saingan Piala Asia B-23 awal tahun depan.

e1p0naonh2wlb8sxrm6y

Dong-jin kini menggalas tanggungjawab bersama kelab Hong Kong, Kitchee FC. — Agensi

Antara yang disebut-sebut sebagai calon untuk posisi tersebut ialah bekas pembantu jurulatih kepada Pan-gon, Kim Dong-jin.

Pengendali berusia 41 tahun itu pernah bersama-sama rakan senegaranya tersebut ketika mereka sedang berada di Hong Kong.

Selain Dong-jin, nama-nama lain yang disebut bakal menggantikan Elavarasan ialah pembantu jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil dan Juan Torres Garrido yang merupakan salah seorang staf kejurulatihan Harimau Muda.

September lalu, Elavarasan yang pernah menjadi pembantu Pan-gon dilantik sebagai pengendali skuad B-23 negara bagi menggantikan Brad Maloney.

Bagaimanapun, sejak di bawah bimbingannya, Harimau Muda gagal berada dalam prestasi terbaik apabila mereka hanya menamatkan peringkat Kelayakan Piala Asia B-23 di tangga kedua.

Di samping itu, ketika kempen Sukan SEA dan Piala AFF B-23, skuad kendalian Elavarasan turut bergelut untuk meraih pencapaian lebih baik. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram