Skuad 'abang' lebih menjadi, fans harap 'ex-coach' Barcelona ganti Elavarasan kendali Harimau Muda


  • Podium
  • Jumaat, 15 Sep 2023

Sebahagian aksi skuad Harimau Muda bersama Elavarasan. — Facebook/FAM

SKUAD Bawah 23 tahun (B-23) negara layak ke Piala Asia B-23 2024 Qatar pada tahun hadapan selepas muncul antara empat pasukan naib juara kumpulan terbaik dalam aksi kelayakan.

Meskipun tersenarai bersama 15 gergasi Asia lain, persembahan Harimau Muda telah mengundang pelbagai kritikan penyokong bola sepak tempatan yang tidak berpuas hati dengan aksi dipamerkan.

Malah ada laungan dan hantaran di media sosial mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan kerja untuk menggantikan E Elavarasan dengan segera agar skuad muda negara boleh dibentuk mengikut falsafah jurulatih baharu nanti.

Paul MArti

Pau Marti mempunyai pengalaman bersama Pan-gon dalam skuad Harimau Malaya. Facebook/FAM

Jika melihat kepada peningkatan drastik ranking Malaysia iaitu sebanyak 18 anak tangga daripada 154 dunia kepada 136 berjaya dilakukan oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kerana atas bantuan pembantu jurulatih skuad tersebut.

Difahamkan, antara faktor kejayaan Pan-gon adalah kerana pengendali kelahiran Korea Selatan itu mempunyai pembantu yang hebat seperti bekas jurulatih pasukan remaja Barcelona, Pau Marti Vicente.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas berada dalam skuad kebangsaan sejak 2022.

Pelantikannya pada ketika itu turut menghangatkan suasana apabila ramai mengetahui bahawa Pau Marti pernah menimba pengalaman di Sepanyol bersama Barcelona B.

Di samping itu, pengalamannya bersama akademi bola sepak di Sepanyol dan Hong Kong turut menjadikan namanya kerap didengari ramai.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong tanah air melihat pembantu jurulatih skuad kebangsaan itu sesuai untuk menggantikan Elavarasan.

"Paul Marti Vicente inilah yang sepatutnya melatih Bawah-23 negara," kata Wan Husein.

"Paul itu yang sesuai take over skuad B-23 negara," kata Fakhrul Hadi.

"Boleh dah letak Paul Marti itu jadi head coach B-23," kata Muhammad Alif.

"Tolong lantik Pau jadi coach under 23," kata Amboi Amboi. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram