PERTEMBUNGAN sengit antara Chelsea dan Bournemouth berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Vitality, England pada Ahad.
Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan dilihat melakukan serangan demi serangan namun gagal mencetak sebarang jaringan sehinggalah jaringan tunggal dicipta oleh The Blues, namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan selepas Levi Colwill didapati berada pada kedudukan ofsaid.
Pada masa sama, penyokong Chelsea juga berasa tidak percaya dengan kesilapan tak masuk akal yang dilakukan oleh penyerang The Blues, Nicolas Jackson.
Meskipun gagal mencetak jaringan namun gelagat bintang Chelsea itu mencuit hati apabila gagal menyempurnakan rembatan tepat ke pintu gawang.
Menerusi satu perkongsian video, bintang Chelsea itu dilihat mempunyai peluang untuk mencetak gol namun peminat tidak menyangka bahawa rembatan kencang itu tersasar agak jauh dari pintu gawang lawan.
Rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang Chelsea itu kerana agak tergesa-gesa dalam membuat keputusan sehingga tidak membuahkan hasil.
"Mungkin ada tiang gol yang kita tidak nampak tapi dia nampak," kata Adaammmski.
"Kalau saya, memang automatic bersara lepas buat rembatan macam itu," kata J_Butler.
"Nampaknya pintu gol sudah pindah ke tempat bangku penonton," kata EllieWiz13.
"Inikah penyerang berbisa macam Neymar Junior?," kata Fitz_. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram