Selangor cipta 2 kemanisan Piala Belia 2023, fans harap pemain muda dijaga betul-betul elak disambar


  • Podium
  • Isnin, 18 Sep 2023

Selangor muncul Juara Piala Belia 2023 apabila menewaskan JDT IV pada Ahad. — Facebook/FAM

SELANGOR FC muncul juara Piala Belia 2023 selepas mengatasi cabaran sengit Johor Darul Tazim IV (JDT IV) dalam aksi final kedua dengan keputusan agregat 4-3 pada Ahad.

Selepas terikat 1-1 dalam aksi final pertama pada minggu lepas, kedua-dua pasukan dilihat berpeluang untuk menjulang kejuaraan tersebut.

Bagaimanapun, Selangor menampilkan aksi cemerlang selepas membenam JDT IV dan tiga jaringan disumbangkan oleh Adam Haikal Azizol, Amirul Izwan dan Ariz Zuhayr dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu, jaringan pasukan JDT IV pula disumbangkan oleh Naim Zainudin seawal minit kelima permainan dan Danish Hakimi Sahaludin pada minit ke-85.

Penjaring Terbanyak

Izzat Syahir Zulihsan muncul penjaring terbanyak iaitu 16 gol berjaya dicipta. — Facebook/FAM

Bukan sahaja meraih kejuaraan, malah Selangor turut mencipta dua kemanisan dalam aksi final tersebut iaitu menggunakan khidmat Ketua Jurulatih tempatan, Mohd Khushairi Abd Wahab manakala Harimau Selatan mendapatkan kepakaran pengendali import, Juan Miguel Munoz Rodriguez.

Lebih manis lagi, pemain Selangor, Izzat Syahir Zulihsan muncul penjaring terbanyak iaitu 16 gol sepanjang kejohanan.

Melihat kepada prestasi yang ditampilkan oleh barisan ubi muda Gergasi Merah itu, tentunya timbul kerisauan dalam hati penyokong setia kelab tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong berharap agar pihak pengurusan Selangor menjaga barisan pemain muda tersebut bagi menggelakkan disambar oleh kelab lain.

"Paling penting pihak pengurusan Selangor ikat betul-betul player yang berpotensi dan kalau pakai coach macam Jepun dan Korea, lagi laju permainan," kata Muhamad Faizal.

"Management kena offer kontrak panjang sikit tiga hingga lima tahun, kalau buat macam renew roadtax, setahun saja renew, budak-budak ni pun rasa tak stabil, lebih-lebih lagi kalau injured," kata Aqi Azhari.

"Lagi empat lima tahun, depa borong habis budak-budak ni, siap bawa naik limousine lagi kalau tidak percaya, kita tunggu," dakwa salah seorang penyokong Selangor.

Pencapaian itu sedikit sebanyak mengubat kedukaan penyokong Gergasi Merah selepas melihat skuad senior tunduk 0-2 di tangan Terengganu FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram