Ini 3 posisi perlu Selangor 'upgrade' jika mahu tampil kompeten di Asia


  • Podium
  • Isnin, 18 Sep 2023

Bahagian pertahanan kanan antara yang perlu dibaiki Selangor FC pada musim hadapan. — Facebook/Selangor FC

KELAB elit Liga Malaysia, Selangor FC musim ini beraksi dengan baik dengan Tan Cheng Hoe berjaya memimpin mereka menguasai tangga kedua Liga Super.

Walaupun secara kasarnya kelihatan ampuh, namun penyokong Selangor masih lagi ada perkara yang mereka tidak berpuas hati terutamanya prestasi bahagian pertahanan.

Walaupun kelihatan stabil di beberapa posisi seperti serangan, tetapi masih ada bahagian yang penyokong Selangor mahu Cheng Hoe dan pihak kelab baiki jika mahu lebih berdaya saing.

Dalam analisis ringkas Majoriti, ini adalah tiga bahagian yang perlu dibaiki oleh Selangor jika mahu mencabar kejuaraan secara konsisten terutamanya jika bersaing di peringkat Asia pada musim depan.

1. Penjaga gol

Sebelum ini, penyokong Selangor sering berasa kecewa melihat persembahan Khairulazhan Khalid yang sudah dianggap off-peak dalam kariernya.

Kini meletakkan Sam Somerville di gawang, keadaan kelihatan lebih elok namun posisi ini masih boleh ditambah baik pada musim hadapan.

375817745_788929963238734_3067424539807898569_n

Somerville merampas kedudukan penjaga gol utama daripada Khairulazhan. — Facebook/Selangor FC

Selangor boleh cuba mendapatkan penjaga gol baharu yang lebih baik bagi menjaga gawang mereka. Mereka boleh cuba mendapatkan mana-mana penjaga gol Harimau Malaya atau jika berani, mencari pemain import untuk menguatkan posisi ini.

Mereka masih ada lagi Sikh Izhan yang kini dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC. Mungkin sudah tiba masanya untuk menggunakan penjaga gol tersebut secara lebih kerap musim hadapan selepas dia memperoleh minit yang diperlukan bersama skuad Jang.

2. Pertahanan kanan

Setiap minggu, ada saja penyokong Selangor yang tidak berpuas hati dengan persembahan pertahanan kanan iaitu Quentin Cheng.

Jelas sekali, bahagian ini perlu diatasi oleh Selangor sebagai salah satu projek membaiki barisan pertahanan yang goyah.

377271332_793891039409293_100705843370475043_n

Cheng sering menerima kecaman penyokong kerana prestasi tidak memberangsangkan. — Facebook/Selangor FC

Sebelum ini, Selangor ada dikaitkan dengan perpindahan pemain Terengganu FC iaitu Azam Azmi. Mungkin pada musim hadapan Gergasi Merah boleh cuba sekali lagi mendapatkan pertahanan tersebut bagi memberikan saingan kepada Cheng di posisi tersebut.

Azam juga sememangnya antara pemain pertahanan kanan yang terbaik di Liga Super jadi tidak hairan seandainya Selangor cuba mendapatkannya sekali lagi pada musim depan.

3. Penyerang

Mungkin ini posisi yang mengejutkan kerana Selangor musim ini tiada masalah dalam menghasilkan jaringan. Namun begitu, ia masih boleh ditambah baik untuk lebih berbisa.

Kecemerlangan Ayron del Valle memerlukan kesinambungan. Selangor perlu mendapatkan gandingan untuk penyerang Colombia ini sekali gus menambah sumber jaringan dan tidak terlalu bergantung harap kepada pemain itu sahaja.

370167509_779113410887056_3302787741070226592_n

Boakye tidak menepati jangkaan sebagai penyerang berbisa. — Facebook/Selangor FC

Paling ketara, Selangor perlu mendapatkan pengganti kepada Richmond Boakye yang tidak mempamerkan aksi cemerlang walaupun pernah menghampakan Cristiano Ronaldo dan Real Madrid satu masa dahulu.

Mereka perlu mendapatkan seorang penyerang ampuh supaya gandingan itu semakin berbahaya untuk pihak lawan selain dengan adanya pemain sayap lincah seperti Faisal Halim memberikan sokongan.

Seandainya berjaya layak ke Asia, tidak terkejut kalau Selangor cuba berbelanja besar pada musim hadapan demi memastikan pasukan lebih kompeten menentang kelab-kelab luar Malaysia.

Bila dah sampai ke Asia, mestilah nak beraksi cemerlang. Takkan nak jadi pasukan pelengkap jadual saja, kan? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram