[VIDEO] Terlalu emosional? 2 bintang Selangor jadi 'hero' redakan keadaan panas lepas tewas lawan Terengganu


  • Podium
  • Ahad, 17 Sep 2023

Tangkap layar video insiden perbalahan di antara barisan kejurulatihan Selangor dan Terengganu.

TERENGGANU FC (TFC) memberikan kesukaran buat Selangor FC menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 September nanti.

Ia selepas anak-anak buah Tomislav Steinbruckner berjaya menewaskan Gergasi Merah di hadapan ribuan penyokong sendiri sekali gus membawa bekalan selesa agregat 2-0.

Dalam perlawanan itu, corak agresif Sang Penyu di depan gawang yang disusun sejak awal permainan menyaksikan Ivan Mamut dan Syahmi Zamri berjaya merobek gawang gol Selangor.

Meskipun pun mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tampak buntu untuk menjaringkan gol walapun pelbagai peluang sudah terhidang.

Keputusan kekal 2-0 selepas pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.

Faisal Halim

Faisal Halim dikawal ketat oleh Azam Azmi Murad. Facebook/Selangor FC

Namun di sebalik kekalahan Selangor ke atas Terengganu itu, satu insiden pertengkaran mulut di antara barisan kejurulatihan kedua-dua pasukan selepas tamat perlawanan.

Kejadian itu sempat dirakam oleh penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Insiden terbabit juga berjaya menarik minat pegawai-pegawai keselamatan untuk meredakan keadaan sebelum pertengkaran mulut itu menjadi lebih panas.

Dua bintang Selangor, Shahrul Nazeem Zulpakar dan Muhammad Faisal Abdul Halim turut berada di kawasan kejadian untuk meleraikan pergaduhan itu.

Punca pergaduhan tidak dapat dipastikan namun orang ramai mendakwa kejadian itu berlaku disebabkan rasa tidak puas hati selepas Selangor tewas kepada Terengganu.

Sebelum ini, penyokong Terengganu pernah meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pemain-pemain Selangor selepas Sang Penyu gagal mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu selepas tewas dengan agregat 2-3.

Penyokong TFC bertindak membaling batu dan juga kon ke arah bas pemain Selangor ketika mereka meninggalkan stadium untuk menuju pulang ke Lembah Klang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram