Rasa tak layak menang, OTG luah pernah tolak pencalonan SAM


  • Sukan
  • Sabtu, 16 Sep 2023

OTG ketika memenangi kategori Pengulas Sukan Popular bagi Anugerah SAM 2022. — Facebook/SAM

SEBUT sahaja nama OnTheGo (OTG) pasti komuniti PUBG Mobile Malaysia (PUBG MY) mengenali dan mengikuti siaran langsung (live streaming) di Facebook milik pengulas popular sukan permainan mudah alih yang popular di Asia Tenggara itu.

Bagi yang kurang mengenalinya, OTG ataupun nama sebenarnya P. Parthiban dikenali sebagai pengulas e-sukan profesional semenjak dia mengulas beberapa kejohanan Dota 2 sebelum bertukar ke platform PUBGM dan mengulas dalam kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia (PMPL MY).

Baru-baru ini, populariti OTG terbukti masih menjadi pilihan peminat sukan elektronik tanah air dan lebih spesifiknya komuniti PUBG apabila dia dinobatkan sebagai Pengulas Sukan Popular bagi Anugerah SAM 2022 yang berlangsung pada 29 Ogos lalu.

WhatsApp Image 2023-09-15 at 19.26.08

OTG bersama rakan pengulasnya, J Hunter. Instagram/OTG

Bercakap mengenai kemenangan berkenaan, lelaki berusia 30 tahun itu mengakui tidak menyangka dapat mengalahkan beberapa penglibat dalam industri sama dan lebih mengujakan apabila menewaskan pengulas sukan bola sepak tanah air untuk kategori tersebut.

Menurutnya, dia sempat menolak apabila mengetahui dirinya tercalon untuk kategori tersebut dan sebaliknya mencadangkan nama rakan pengulasnya iaitu J Hunter ataupun nama sebenarnya Azrul Anwar untuk menggantikannya.

"Sebenarnya tak yakin sebab masa SAM call pasal pencalonan, benda pertama saya tanya partner (J Hunter) saya dicalonkan tak. Kami sama-sama sejak 2019. Bila dia cakap ML (Mobile Legend) ada dua, saya expect PUBG ada dua rupanya satu. Saya minta bagi ke dekat J Hunter sebab risau beban untuk saya.

"Tapi kena juga proceed dan orang first saya call J Hunter. Dia pun yakinkan saya saya boleh menang. Masa awal-awal itu tak yakin menang. Saya pun tak banyak buat kempen posting suruh orang undi pun minimum. Masa tu PMSL (Liga Super PUBG Mobile) dan saya baru enroll UKM.

"Jadi jadual padat dengan kelas sehari 10 jam. Sepanjang itu memang tak buat live. Kami post dua gambar, J post dua dengan harapan orang undi. Masa kami mula PUBG kami memang rapat dengan komuniti. Peminat bebas nak beri info, nasihat dengan kami. Kami terlalu rapat mungkin sebab itu mungkin ada undi," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-09-15 at 19.26.09 (1)

Antara calon-calon pengulas sukan popular Anugerah SAM-100Plus 2022. Facebook/SAM

Tambahnya, Anugerah Pengulas Sukan Popular itu adalah kali pertama buatnya menerima pencapaian sebegitu rupa yang mana ia bukan sahaja melibatkan PUBG, malah E-Sport lain dan juga sukan kegemaran Malaysia, bola sepak.

OTG juga mengakui bahawa mengakui semua calon-calon dalam kategori tersebut terutamanya Aiman Roshizam atau lebih dikenali dengan nama Sekaiichi yang dulu bertugas sebagai pengulas E-Sport FIFA dan kini menggalas tanggungjawab sebagai pengulas sukan Astro Arena.

"Untuk pengulas punya award, saya rasa ini adalah kali pertama dapat anugerah. Untuk PUBG memang pernah jadi best caster. Cuma kami tak pernah dilagakan dengan game lain ataupun pengulas lain. Ini pertama kali ada award campur game lain.

"Benda ini macam big deal juga. Kami pergi venue baru sedar ini award berprestij. Saya peminat YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh dan akhirnya dapat eye contact dengan YB dan ambil gambar. Saya seronok.

"Untuk caster lain saya pandang tinggi dengan mereka terutamanya Aiman. Dia memang suara emas, dia antara suara yang best. Saya adore dia," jelasnya yang pernah menjadi penulis review Dota untuk sebuah portal.

Untuk rekod, OTG pada awalnya mengulas dalam bahasa Inggeris namun meninggalkan bahasa tersebut dan fokus menjadi pengulas dalam bahasa Melayu yang mana baginya ia lebih banyak memberi kebebasan untuk berborak. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram