Selepas aksi cemerlang sekat JDT, fans Selangor idam kepulangan bekas pemain


  • Podium
  • Jumaat, 15 Sep 2023

Sebahagian aksi pertembungan Harimau Selatan berdepan skuad Jang pada Rabu. — Facebook/MFL

SEPERTI yang diramal, Johor Darul Takzim (JDT) memastikan membawa bekalan selesa dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-0 di Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu.

Dalam perlawanan tersebut, Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk meraih jaringan pertama apabila pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan padu sekali gus menewaskan Firdaus Imran Fadhil pada minit ke-20 permainan.

Harimau Selatan meraih tiga jaringan dalam perlawanan tersebut selepas penyerang prolifik, Bergson da Silva menyumbang dua gol untuk pasukan JDT.

WhatsApp Image 2023-09-15 at 12.30.36 (1)

Penjaga gol NSFC, Firdaus Irman Fadhil. — Instagram/frds.irmnn

Bagaimanapun, aksi persembahan menarik yang ditunjukkan oleh penjaga gol skuad Jang, Firdaus Irman mencuri tumpuan penyokong tanah air berikutan ketangkasan dan kelincahan dalam perlawanan berdepan JDT itu.

Bukan sahaja memuji penjaga gol tersebut malah penyokong turut memberi pandangan bahawa pasukan NSFC banyak melahirkan penjaga gol yang berkualiti.

"Keeper berumur 22 tahun terkenal dengan double save dan reaksi pantas sejak PDRM FC," kata salah seorang penyokong Negeri Sembilan FC.

"Pasukan NSFC kilang lahirkan keeper-keeper terbaik," kata aiman_azhr.

"Lain macam NSFC, semua padu-padu since Syihan Hazmi," kata threalzaxq.

Sebelum ini, turut cemerlang bersama NSFC, penjaga gol skuad kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed rasmi menyertai JDT bagi menghadapi saingan musim 2023.

Bagaimanapun, rata-rata penyokong Gergasi Merah mahu penjaga gol itu kembali beraksi bersama Selangor FC.

"Balik Selangor lah, kami sentiasa menanti kepulangan Firdaus," kata Ahmad Haziq.

"Confirm pergi Selangor, keeper sekarang pun import mestilah nak cari keeper local yang power," kata Amirul Hashim.

Untuk rekod, Firdaus Irman pernah beraksi bersama pasukan Selangor FC II untuk musim 2019/2020 dan sempat berbakti bersama PDRM FC musim lalu sebelum perpindahan percuma ke NSFC awal tahun ini.

Selepas ini JDT akan melayani kunjungan Kawasaki Frontale bagi perlawanan pembukaan Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Selasa sebelum aksi timbal balik 23 September nanti di venue yang sama. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram