Padam kenyataan di Twitter, Sancho dianggap sudah berbaik dengan Erik ten Hag


  • Podium
  • Rabu, 13 Sep 2023

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho. — Instagram/sanchooo10

PEMAIN sayap sensasi Manchester United, Jadon Sancho mencuri tumpuan penyokong The Red Devils selepas memadam kenyataannya sebelum ini di media sosial.

Sebelum ini, Sancho mengeluarkan kenyataan tentang isu kualitinya ketika dalam sesi latihan.

Menurut Sancho, dia telah menjalani latihan yang sangat baik namun ada alasan lain di sebalik kenapa dia tak dipilih berbanding pemain lain seperti Antony.

WhatsApp Image 2023-09-13 at 12.42.47

Tangkap layar hantaran tersebut. — Twitter/jadonsancho

Malah, Sancho turut berkongsi dengan mengatakan bahawa bosan dianiayai sebagai 'kambing hitam' di dalam pasukan.

Sancho bagaimanapun sudah memadam kenyataan tersebut dan tindakan itu dipercayai bagi memulihkan hubungannya dengan pengendali pasukan, Erik ten Hag yang sebelum ini mengatakan Sancho tidak diturunkan berdepan Arsenal kerana prestasinya kurang memberangsangkan ketika dalam sesi latihan.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di Twitter daripada wartawan sukan yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak dunia, Fabrizio Romano memperkuatkan lagi spekulasi tersebut dengan mengatakan bahawa kenyataan yang dimuat naik oleh pemain sayap Manchester United, Sancho sudah dipadam olehnya.

Difahamkan, bagi menjernihkan keadaan bersama pasukan di Old Trafford itu, Sancho mengambil keputusan untuk memadam kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram